Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Ini Kebimbangan Saya Pada...

DARI FB NAJIB RAZAKSAYA tak faham kenapa nama saya disebut sedangkan saya bukan...

Warga Emas Maut Dirempuh...

MARANG - Seorang warga emas maut selepas motosikal yang dinaikinya dirempuh sebuah kereta...

Umno Jamin Solidariti Agar...

KUALA LUMPUR -- Solidariti atau perpaduan menjadi penekanan utama dalam ucapan dasar Presiden...

GLC Wajar Contohi Integriti...

TEMERLOH - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu organisasi...

UMNO Tiada Kaitan Serangan Ke Atas Khalid Samad

KUALA LUMPUR – UMNO tidak mempunyai sebarang kaitan dengan insiden kekecohan dan huru-hara membabitkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di perkarangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, UMNO tidak menyokong sebarang tindakan berunsur pergaduhan atau pertelingkahan sebaliknya mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara dan perundangan.

“Namun demikian, UMNO memandang serius terhadap sikap Ahli Parlimen yang menggunakan perkataan kesat dan memberi gelaran berbaur negatif hingga mengundang kemarahan Ahli Parlimen lain.

“UMNO menyelar tindakan demikian yang tidak rasional dan matang malah bertentangan dengan etika serta sikap selaku wakil rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Khalid dari Parti Amanah Negara (PAN) diserang sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakannya memaki hamun Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman sewaktu sidang Dewan Rakyat kelmarin.

Khalid bagaimanapun terselamat dalam kejadian itu kerana cekap berlindung disebalik pengawal keselamatan yang mengiringinya masuk ke Dewan Rakyat semalam.


Ahli Parlimen Shah Alam itu memaki Tajuddin dengan menjerit perkataan ‘Sial’ dan ‘Menteri Sial’ hampir sepuluh kali kerana berang dengan tindakan Tajuddin menyindir Ahli Parlimen Seputeh daripada DAP, Teresa Kok bahawa cuma beliau di Seputeh dengan nama Kok.

Tajuddin dipercayai membuat sindiran itu kerana Teresa menganggunya sewaktu sedang menjawab soalan di Dewan Rakyat seperti seekor ayam yang berkokok. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori