Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rundingan Agihan Kerusi UMNO,...

KUALA LUMPUR - Rundingan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengenai pengagihan kerusi untuk...

Ermieyati Harap Wakil Puteri...

KUALA LUMPUR - Puteri UMNO berharap semua wakil rakyatnya yang sedia ada akan...

Agong Boleh Panggil Sidang...

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai...

Bot, Kapal Layar Diletakkan...

JITRA - Polis Kedah akan bekerjasama dengan Jabatan Laut bagi membuat pemeriksaan rapi...

UPSI, Lithuania Jalin Kerjasama Bangunkan Projek Solar

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melakar sejarah apabila dipilih oleh kerajaan Lithuania untuk membangunkan projek teknologi Solar PV sekali gus menyemarakkan penyelidikan menerusi pemindahan teknologi.

Perasmian projek bernilai RM1 juta yang dipasang di bumbung Fakulti Sains dan Matematik (FSM) UPSI di sini dilakukan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini.

Zambry berkata projek tersebut merupakan hasil lawatan beliau ke Lithuania beberapa tahun lalu yang antara lain membincangkan usaha perpindahan teknologi ke Asia Tenggara.

“Kita mengambil peluang ini bersama BOD Group dari Lithuania berkongsi pengalaman dan ia satu permulaan baik dalam membina kerjasama, hubungan strategik yang menguntungkan kedua-dua pihak,” katanya kepada pemberita selepas perasmian projek itu.

Turut hadir Pengarah Urusan BOD Group Rimgaudas Kalvaitis, Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Zakaria Kasa serta Presiden Majlis Perniagaan Lithuania-Malaysia Paulius Kuncinas.

Menjelas lanjut, Zambry berkata projek teknologi solar yang dibangunkan Lithuania agak murah berbanding yang dijalankan di sesetengah negara dan sesuai dilaksanakan di negara ini.

Katanya UPSI dipilih sebagai lokasi projek berikutan universiti itu mempunyai ramai penyelidik dan kepakaran yang boleh membantu melancarkan projek berkenaan.


Tambahnya pemilihan UPSI juga diyakini memberi impak kepada hubungan antara Perak dengan Lithuania sekali gus mengukuhkan kedudukan Perak sebagai negeri yang menjadi tumpuan pelancong di negara ini.

Sementara itu, Kalvaitis berkata projek bernilai RM1 juta itu dibiayai secara kerjasama dengan Kementerian Alam Sekitar Lithuania yang menyumbang 70 peratus manakala BOD Group sebanyak 30 peratus.

“Projek selama 12 bulan ini bermula hari ini dan teknologi baharu solar yang menggunakan teknologi kaca itu, telah dibangunkan oleh BOD serta amat sesuai untuk negara iklim panas dan lembap seperti Malaysia dan rantau ini.

“Lebih penting pelajar boleh memerhati dan menilai bagaimana teknologi bersih yang diperbaharui ini membantu dalam mengurangkan kadar pelepasan karbon dioksida,” katanya.

Kalvaitis juga yakin bahawa projek berkenaan akan meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim yang menjadi antara ancaman dunia pada masa kini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori