TEMPOH tiga hari dilokap ternyata memberi ilham kepada ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos menghasilkan lagu yang berlirikkan kegagalan Bersih 5 Sabtu lalu.
Menerusi rakaman berdurasi 11 saat yang dipetik The Star Online, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu dilihat begitu ceria sewaktu mendendangkan lagu ciptaan sendiri itu yang diberi tajuk ‘Bersih 5 Gagal’.
“Saya ingin menyampaikan sebuah lagu untuk Bersih 5,” ujar Jamal.
Jamal menyanyikan lirik, Bersih 5 gagal berulang sebanyak enam kali sambil menggunakan simbol tangan.
” ♪ Bersih 5 gagal, Bersih 5 gagal, Bersih 5 gagal, Bersih 5 gagal, Bersih 5 gagal, Bersih 5 gagal, Hey! Bersih 5 gagal ♪ ,” dendangnya.
Jamal sebelum itu dibebaskan di Ibu Pejabat Balai Polis Ampang Jaya selepas tempoh remannya tamat.
Beliau ditahan pada Sabtu lalu, lebih kurang 12 jam sebelum perhimpunan haram Bersih 5 di ibu negara. – MYNEWSHUB.CC