PERHATIKAN wajah kanak-kanak ‘penghias muka’ di atas. Rasa macam nak bagi dia ‘sebiji’, kan?
Apa yang patut anda lakukan jika anda berjumpa dengan kanak-kanak yang berkelakuan biadap dan kurang ajar?
Video berdurasi 12 minit 17 saat ini merupakan kompilasi lima rakaman berbeza aksi biadap anak-anak terhadap orang dewasa– termasuklah ibu bapa mereka sendiri.
Sebagai contoh, pada video pertama, seorang kanak-kanak lelaki dilihat memukul dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang wanita mengandung, manakala ibunya bertindak menyokong kelakuan buruk anaknya dengan mengatakan bahawa anaknya tidak bersalah.
Dalam rakaman lain pula, seorang kanak-kanak perempuan memperlekehkan kedai pakaian yang dikunjunginya.
Kanak-kanak itu mengomel tentang pakaian di kedai itu tidak cantik dan ibunya telah menghabiskan banyak duit di kedai tersebut.
Sikapnya tidak disenangi oleh seorang pengunjung wanita sehinggakan dia bertindak menegur kelakuan kanak-kanak tersebut. Namun, ibunya tidak berpuas hati dengan wanita tersebut kerana menegur anaknya dan mengatakan bahawa dia telah banyak berhabis duit di kedai itu jadi dia berhak mengadu tentang pakaian di situ yang padanya amat buruk sekali.
Sikap ‘naik lemak’ dan terlebih manja pula boleh ditonton pada minit ke 5:12 apabila seorang remaja perempuan memarahi bapanya kerana menghadiahkan kereta berwarna merah–apabila dia mahu kereta berwarna biru.
“Ayah, kereta ini berwarna merah! Ayah beli kereta yang salah!” teriak remaja itu kepada bapanya.
Namun, rakaman yang paling meruntun jiwa kami adalah yang terakhir pada minit ke 9:32.
Diambil daripada rancangan Dr. Phil yang terkenal sebagai satu platform untuk menangani masalah peribadi termasuklah yang berkaitan isu kekeluargaan, seorang kanak-kanak lelaki telah memarahi ibunya.
Kanak-kanak lelaki yang tengok muka pun kami sudah tahu memang dasar keras kepala itu berulang-ulang kali mengatakan bahawa ibunya tidak pernah berlaku adil kepadanya.
“Saya cuma menepis siku ibu sedikit dan ibu terus menolak saya dengan kuat sehingga meninggalkan kesan selama 20 minit!” jerit budak kurang ajar itu.
“Apa perasaan ibu apabila disuruh untuk diam? Sekarang ibu rasakan!” tempiknya lagi sebelum bertindak menampar pipi ibu kandungnya sendiri.
Kalau ikutkan hati kami, memang nak ‘tempeleng’ je kelima-lima budak-budak ini!
Apa-apa pun, kami rasa sikap buruk anak-anak ini bermula dari rumah.
Anak-anak ialah bayangan ibu bapa mereka sendiri; bagaimana sikap ibu bapa mereka, begitulah juga perangai anak. Jadi, tunjukkanlah contoh yang baik.-MYNEWSHUB.CC