Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penganggur Ditahan Miliki Ganja...

MIRI – Polis menahan seorang penganggur kerana memiliki dadah jenis ganja bernilai RM12,000...

Bekalan RTK Antigen Covid-19...

Kuala Terengganu : Kerajaan memberi jaminan bekalan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen Covid-19...

Institusi Pendidikan Bawah KPM...

KUALA LUMPUR - Pengoperasian institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengikut ketetapan...

Isu Dana 1MDB Hangatkan...

KUALA LUMPUR - Isu membabitkan 80 individu dan entiti yang disiasat kerana didakwa...

Video: Puchong Sekali Lagi Bah Kilat Dinaiki Air

PUCHONG – Hujan lebat sejak jam 4 petang Selasa menyebabkan banjir kilat melanda di Lebuhraya Damansara -Puchong (LDP),  di sini, berhadapan pusat beli-belah IOI Mall, Bandar Puchong Jaya.

Kejadian menyebabkan kedua-dua laluan di lebuh raya tersebut terjejas teruk hampir tiga kilometer dari arah Bandar Sunway ke Pusat Bandar Puchong.

Beberapa keping gambar yang merakamkan keadaan itu disiarkan oleh netizen menerusi laman Facebook dan perkongsian grup WhatsApp.

Difahamkan, kenderaan yang cuba melalui lebuhraya berkenaan pula terpaksa menggunakan lorong kanan ekoran laluan kiri dan di tengah ditenggelami air.

b3

b5

b6


b7

Pusat membeli belah IOI Mall turut tidak terkecuali dengan tempat letak kereta bawah tanah ditenggelami air manakala beberapa kedai di luar turut terjejas.

Membuatkan ratusan kenderaan yang berada di tempat parkir pusat beli belah berkenaan turut ditenggelami air.

Difahamkan, hujan dengan kuantiti luar biasa menjadi punca paras air Sungai Klang meningkat mendadak.

Ia mengakibatkan sistem saliran air dari kawasan berdekatan stesen LRT tidak dapat mengalir sempurna.

Sehingga berita ini disiarkan, tiada kemalangan jiwa serta kerosakan harta benda dilaporkan. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori