Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ugut Potong & Bakar...

KUANTAN - Tindakan seorang guru tahfiz wanita mencucuh api dan mengugut untuk memotong...

Polis Sudah Kenal Pasti...

'MISTERI' keberadaan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang hampir...

Pelabuhan Malaysia Akan Dipertingkat...

KUALA LUMPUR – Lima pelabuhan baharu di Malaysia dan China kini merupakan sebahagian...

PTPTN Hubungi 6 Agensi...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bekerjasama dengan enam agensi...

Video: “Tolong Hormat Jalur Gemilang Pada Baju Saya”

“SAYA tidak mempunyai masalah jika anda tidak menghormati saya, tetapi tolong hormati Jalur Gemilang yang tertera pada baju saya.”

Itu luahan pemain perseorangan badminton negara, Iskandar Zulkarnain Zainudin yang ditujukan kepada pemain badminton Denmark, Jan. O Jorgensen selepas pertemuan mereka dalam kejohanan siri Badminton Terbuka China yang diadakan pada Sabtu lalu.

Iskandar ditewaskan oleh pemain nombor enam dunia itu dengan mata 20-22, 22-20, 7-21 dalam perlawanan suku akhir.  Namun bukan kekalahan itu  sahaja yang terpaksa’ ditelan’ Iskandar, sebaliknya dia turut ‘dimalukan’ oleh pemain Denmark itu.

Jorgensen sama ada sengaja atau pun tidak, telah mencampak baju yang mempunyai lambang Jalur Gemilang ke atas lantai sewaktu kedua-dua pemain itu bertukar gelangang dalam set ketiga perlawanan.

Difahamkan pada waktu itu, Iskandar terlupa untuk mengambil bajunya yang tertinggal di dalam kotak peralatan.

Jorgenson yang sepatutnya memaklumkan perkara itu kepada Iskandar, bertindak melemparkan secara sembrono ke arah kawasan Iskandar.

Namun jurulatih Iskandar, Hendrawan dengan tenang mengambil baju tersebut di atas lantai.

Justeru, insiden berkenaan membuatkan Iskandar meluahkan perasaan kecewanya terhadap sikap tidak profesional Jorgensen menerusi kenyataan dalam laman sosial Facebook.


Menurut laporan media tempatan, Iskandar mendedahkan bahawa Jorgensen sengaja memperlekehkannya dengan membezakan pemain kelahiran Kuala Lumpur itu dengan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Bagaimanapun, Jorgenson akhirnya pada Isnin tampil meminta maaf di atas insiden berkenaan yang dikatakan tidak sengaja dan langsung tidak berniat untuk menyinggung perasaan Iskandar mahupun rakyat Malaysia

“Saya minta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang tersinggung dengan perbuatan itu. Bukan bermaksud saya untuk bersikap kurang ajar,” kata pemain berusia 28 itu dalam kenyataan di laman Facebook miliknya.

Jorgensen turut menafikan dia menyebut mengenai Datuk Lee Chong Wei kepada Iskandar tetapi berkata demikian kepada jurulatihnya.

“Saya ada menyebut LCW kepada jurulatih saya, bukan kepada Iskandar, saya amat menghormatinya,” kata Jorgensen. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori