Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

MOF Akui Had Hutang...

DARI FB NAJIBMALAM semalam, Menteri Kewangan PN akhirnya mengeluarkan kenyataan media untuk:1) Mengesahkan...

Persembahan Solo Joe Di...

JOE berjanji akan mempersembahkan lagu-lagu permintaan yang disuarakan oleh peminatnya terutama di Facebook...

DAP Jangan Jadi Pro...

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan Malaysia menafikan visa atlet Israel daripada bertanding dalam...

Zurina Jundi Nafi Lepas...

MASIH ingat lagi dengan video memaparkan kisah seorang perancang perkahwinan diserang dan didakwa...

Video: Wira Hancur Dirempuh Pemandu Kren Sawan

KUALA TERENGGANU – Penguna jalan raya yang melalui Jambatan Sultan Mahmud, di sini, pada Khamis menjadi kucar-kacir apabila seorang pemandu tren diserang sawan secara tiba-tiba.

Lebih parah, lelaki berkenaan seterusnya merempuh sebuah kereta Proton Wira dalam kejadian pukul 3.40 petang itu sekali gus kren yang dipandunya turut menyeret kereta berkenaan sejauh kira-kira 15 meter.

Bagaimanapun, mujur pemandu kereta berusia 35 tahun itu sempat menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari kenderaannya.

Menurut saksi kejadian, kren itu mulanya dilihat keluar dari tapak projek ke laluan di jambatan berkenaan secara melawan arus sebelum hilang kawalan.

Dipercayai pemandunya terkena sawan sebelum merempuh sebuah kereta yang kebetulan menghala ke arah bandar raya Kuala Terengganu.

Akibat insiden itu, pemandu kren berusia 36 tahun itu mengalami kecederaan ringan pada bahagian dada, manakala pemandu Proton Wira tidak mengalami sebarang kecederaan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd. Rafar mengesahkan kejadian berkenaan.

Video insiden itu turut menjadi viral di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori