Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Mula Suarakan Bantahan...

BANTAH... Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memulakan tindakan kritikan...

KPDNHEP Serbu Premis Sorok...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 223,000...

Astro Catat Peningkatan Pendapatan...

KONGLOMERAT penyiaran, Astro Malaysia Holdings Berhad (ASTRO) mencatatkan peningkatan pendapatan kepada RM2.6 bilion...

Kelucahan Melampau: ‘Ustaz Budak’...

PUTRAJAYA: Seorang bekas mudir sebuah madrasah di Machang, Kelantan yang sedang menjalani hukuman...

Wad Lelaki HRPB Dikosongkan Akibat Litar Pintas

IPOH – Wad 5B Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini terpaksa dikosongkan setelah berlaku litar pintas malam tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata litar pintas itu berlaku pada plug dinding katil di wad yang menempatkan pesakit lelaki kira-kira 11.16 malam.

Dr Noor Hisham berkata tiada sebarang kecederaan sama ada membabitkan pesakit atau kakitangan hospital dilaporkan berlaku.

“Pihak hospital telah memindahkan pesakit ke wad lain dan kajian keselamatan serta pendawaian sedang dijalankan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P. Samasuvam memuji kepantasan serta kecekapan kakitangan hospital yang segera menutup bekalan elektrik dan gas ke wad berkenaan.

Katanya tindakan pantas itu penting kerana ia dapat mengelak percikan api akibat litar pintas menjadi lebih serius.


“Bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.17 pagi dan sebaik tiba tiga minit kemudian kami dapati pesakit telah dipindahkan.

“Selain itu, bomba turut menemukan kesan api yang dipadam pihak kakitangan menggunakan alat pemadam,” katanya.

Katanya wad tersebut boleh digunakan dan beroperasi semula selepas kerosakan kecil dibaiki serta disahkan selamat oleh bahagian kejuruteraan hospital.

“Hasil pemeriksaan bomba, keadaan di wad itu selamat dan sekarang terserah kepada bahagian kejuruteraan untuk menentukan bila ia boleh dibuka semula,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori