Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pelajar Cemerlang Maut Jatuh...

SUNGAI PETANI - Hasrat seorang bapa untuk menghadiahkan rantai kepada anak sulungnya tidak...

Rafizi Ramli Dakwa Difitnah...

KUALA LUMPUR - Calon jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli...

Mangsa Banjir Seluruh Negara...

PUTRAJAYA - Bilangan mangsa banjir di seluruh negara terus meningkat dengan 2,371 orang...

Jualan Sentuhan Rakyat Bantu...

GEORGE TOWN - Bayangkan satu tin kecil sardin hanya dijual harga 20 sen...

Wanita Myanmar Antara 77 Ditahan Dalam Op Sarang

TELUK INTAN – Seorang wanita warga Myanmar antara 77 individu ditahan dalam Op Sarang Bersepadu di beberapa lokasi sekitar Teluk Intan dan Bagan Datoh selama tiga hari yang berakhir Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Wan Hassan Wan Ahmad berkata wanita warga Myanmar berusia 40-an itu ditahan di kawasan perumahan di Hutan Melintang pada pukul 6 petang, 28 Oktober lalu hasil maklumat risikan.

Katanya pemeriksaan ke atas wanita yang tidak bekerja itu menemukan 108.5 gram heroin, 55 biji pil WY serta 41.5 gram dadah jenis methamphetamine.

“Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Hassan berkata polis turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun di Hutan Melintang kerana kerana memiliki 57 gram heroin, 41.5 gram methamphetamine dan 39 pil Eramin 5.


Katanya operasi itu disertai 92 pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak serta Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman.

Beliau berkata sepanjang operasi, pihak polis turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk 125.85 gram heroin, 115.11 gram syabu, 123 biji pil WY selain 120 liter air ketum dan 86 botol ubat batuk yang semuanya dianggar bernilai RM13,126. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori