KECOH di media sosial apabila seorang wanita didakwa menawarkan pemeriksaan payudara melalui dalam talian dengan pemberian hadiah wang tunai dan telefon bimbit.
Mangsa yang dikenali sebagai Puan Sha Rahman menerusi laman Facebook mendakwa akaun laman sosialnya itu digodam oleh individu yang tidak dikenali semalam.
Pemilik sebuah butik kecantikan itu berkata, kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 2.30 petang Khamis ketika berada di kediamannya di Gurun, Kedah.
“Orang yang mengodam facebook saya telah memalukan saya dengan minta gambar lucah dan menawarkan hadiah kepada penghantar,” katanya.
BACA INI: Ă¢â‚¬ËœGila SeksĂ¢â‚¬â„¢ Guna Taktik Periksa Payudara Online
Susulan kejadian itu, mesej dalam akaun Facebooknya dipenuhi dengan gambar lucah dan lebih menakutkan apabila ada pihak yang menghubunginya.
Jelasnya, penggodam turut membuka akaun Wechat dengan menggunakan nama dan gambarnya selain e-mel serta data peribadinya digodam.
Menurutnya, kejadian tersebut menyebabkan kehidupannya terganggu dan satu laporan juga telah pun dibuat di Balai Polis Gurun, semalam.
Sementara itu, suami mangsa, Mohamad Hanif melalui postingnya di Facebook menafikan isterinya terlibat kerana ia dilakukan oleh penggodam.
Menurutnya, mereka mencari rezeki yang halal dengan menjual minyak wangi dan tidak sesekali melakukan kerja ‘bodoh’ tersebut.
“Takkan nak buat keja bodoh macam ni… yang mana marah maki hamun puan sha rahman tolong maafkan ya.. harap maklum… terima kasih,” tulisnya.
Netizen di media sosial terkejut apabila satu mesej perbualan mengenai pemeriksaan payudara dalam talian dengan hanya memberikan gambar.
Tindakan tersebut dianggap sebagai taktik baharu oleh individu gila seks untuk memuaskan nafsu mereka. -MYNEWSHUB.CC