Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tour Selamat Malam Rohingya...

SETELAH berjaya menyebarkan mesej Solidariti Demi Rohingya dalam Basking4Rohingya di Sogo KL pada...

53,000 Peserta Berjalan Demi...

Putrajaya : Seramai 53,000 peserta menyertai program 'Walk For Peace' hari ini di...

‘Guna Semula Aplikasi MySejahtera...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) disaran mengguna pakai lima langkah strategik untuk mengawal...

Gempa Lemah Berlaku Di...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi berukuran 3.0 pada skala Richter berlaku pada pukul...

Wanita Perlu Berani Untuk Terbang – Kapten Zephina

SEPANG – Kemampuan dan kesungguhan seseorang wanita yang berusaha menjadi seorang juruterbang, tidak harus diperlecehkan, khususnya bukan mudah untuk memecahkan dominasi kaum lelaki dalam dunia penerbangan.

Juruterbang AiaAsia Bhd., Kapten Zephina Khanam Mohd Jasbir, 31, berkata untuk memudahkan seseorang wanita diterima dalam bidang tersebut, mereka perlu memiliki keberanian dan mampu menyesuaikan diri dalam persekitaran kerja.

“Pengalaman membina watak. Pada awalnya, mungkin timbul rasa tidak selesa untuk bekerja dengan lelaki.

“Akhirnya, kita diterima sebagai kawan dan kemudian, reputasi anda akan terbina dan ini memudahkan tugasan,” katanya ketika berkongsi pengalaman beliau dengan 120 pelajar sekolah menengah di Pusat Kecemerlangan Penerbangan Asia di sini hari ini.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif kempen tanggungjawab sosial korporat AirAsia–#GirlsCanDoAnything.

Zephina, sendiri datang daripada keluarga yang berlatarbelakangkan juruterbang, minat beliau sebenarnya, disorong oleh abangnya.

“Ia sentiasa mengalir dalam keluarga. Kami amat meminati penerbangan,” katanya.

Beliau tidak menafikan, cabaran untuk wanita yang bekerja dalam sektor penerbangan sentiasa wujud khususnya pandangan negatif daripada masyarakat umum.

“Ini bagaimanapun tidak penting kerana pesawat tidak pernah mengambil kira sama ada, juruterbangnya seorang wanita atau lelaki.

“Apa yang penting ialah anda akan melakukan perkara yang betul mengikut latihan yang sudah diberikan oleh AirAsia,” kata Zephina, yang sudah mengemudikan pesawat AirAsia selama 10 tahun.

Beliau juga menekankan bertapa pentingnya keberkatan ibu bapa.


“Layanilah orang tua kita dengan baik. Restu dan perjalanan hidup datang daripada doa dan kebahagiaan mereka ke atas anda,” katanya.

Menurut jurutera pesawat AirAsia, Izyan Syazwani Mahfur, 28, beliau sentiasa yakin dengan kemampuan diri sendiri dan ini menyebabkan beliau mampu bertahan dalam industri itu.

“Akan sentiasa ada orang yang memandang rendah terhadap wanita. Kita perlu yakinkan diri sendiri. Dengan sokongan daripada keluarga, teman dan rakan-rakan saya, saya akhirnya berjaya memperoleh lesen sebagai seorang jurutera kapal terbang,” katanya.

Sehingga Disember 2016, AirAsia mempunyai 19 jurutera pesawat dan 38 juruterbang wanita manakala seramai 10 wanita bertugas sebagai juruterbang dan, empat lagi sebagai jurutera dengan AirAsia X.

AirAsia telah bekerjasama dengan Teach For Malaysia, sebuah badan bukan berasaskan keuntungan untuk memobilisasikan gerakan kepemimpinan bagi memperkasakan bangsa melalui kuasa pendidikan.

Kempen tersebut memberi peluang kepada 120 pelajar perempuan daripada tiga buah sekolah untuk melawat Pusat Kecemerlangan Penerbangan Asia diikuti dengan lawatan ke ibu pejabat AirAsia.

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah: Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manggis di Banting, Sekolah Menengah Kebangsaan Pandamaran Jaya di Klang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat, Pahang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori