SEORANG wanita dari Florida, Amerika Syarikat (AS) terkejut dengan kehadiran entiti yang tidak dikenali ketika melihat semula gambar selfie atau swafoto bersama-sama anak perempuannya.
Menurut sebuah laman berita antarabangsa, ketika kejadian Melissa Kurtz, 48 menghantar Harper, 13 tahun ke pertandingan ratu cantik pada Ogos lalu.
Dalam perjalanan yang mengambil masa 45 minit itu, Harper yang kebosanan telah merakam foto selfie mereka di dalam kenderaan dinaiki mereka.
Jelas Kurtz, pada mulanya foto yang dirakam oleh anak perempuannya itu kelihatan normal sehinggalah dia meneliti semula foto-foto berkenaan sebulan kemudian.
Hasilnya dia mendapati wajah seperti seorang kanak-kanak lelaki yang berada di tempat duduk belakang anak perempuannya itu.
Dia yang terkejut dengan penampakan itu seraya memberitahu rakan-rakan sekerjanya yang lain dan mereka turut terkejut dengan imej yang terdapat di dalam salah satu foto berkenaan.
Tambah Kurtz lagi, dia percaya yang kehadiran hantu kanak-kanak itu adalah untuk memberi amaran kepada Harper supaya memakai tali pinggan keselamatan.
“Saya memiliki 13 saman kesalahan lalu lintas kerana dia (Harper) tidak suka memakai tali pinggang keselamatan,” luah Kurtz kepada laman itu.
Malah difahamkan, jalan yang sering digunakan oleh Kurtz untuk menghantar anaknya itu pernah terjadi satu kemalangan ngeri pada setahun yang lalu.
Kemungkinan hantu kanak-kanak lelaki yang muncul di dalam swafotonya itu adalah salah seorang mangsa nahas dalam kejadian terbabit. – MYNEWSHUB.CC