Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Seksanya.. Pengalaman Ustaz Kazim...

KISAH santau menyantau atau menujukan ilmu hitam kepada orang tertentu bukanlah cerita yang...

Lelaki Bawa Dadah 20kg...

NILAI - Cubaan seorang lelaki tempatan untuk menyeludup masuk 20 kilogram dadah jenis...

Lelaki Curi Telefon Bimbit...

BUKIT MERTAJAM - Seorang penganggur yang cedera parah  dipukul orang ramai kerana mencuri...

BNM Keluarkan Wang Kertas...

KUALA LUMPUR - Sebagai tanda ingatan dan penghormatan terhadap sumbangan Majlis Raja-Raja bagi...

Warga Emas Maut Dirempuh Kereta Semasa Lintas Jalan

KUANTAN – Seorang wanita warga emas maut setelah dirempuh sebuah kereta ketika sedang melintas jalan di Jalan Kuantan-Gambang berhampiran lampu isyarat Taman Tas dekat sini, semalam.

Dalam kejadian 10.50 malam itu, mangsa Zahani Jusoh, 67, meninggal dunia di tempat kejadian kerana dipercayai cedera parah pada bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Supt Mohamad Noor Yusof Ali berkata hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada mangsa sendiri kerana melintas jalan tidak menggunakan jejantas.

“Pada masa sama datang sebuah motosikal dari arah belakang kereta tersebut dan penunggang motosikal cuba mengelak daripada melanggar mayat mangsa yang berada di tengah jalan sehingga menyebabkan penunggang motosikal terbabas ke kiri jalan,” katanya kepada Bernama hari ini.


Beliau berkata akibat kemalangan itu, penunggang motosikal berkenaan, Alif Omar Othman, 21, luka di kaki dan tangan serta badan manakala pemandu kereta Hairul Azman Hakimisakuma, 34, tidak cedera.

Katanya isteri Hairul Azman, Nora Afiza Ismail, 38, yang duduk di hadapan, luka di tangan dan muka akibat terkena serpihan kaca cermin hadapan manakala anak mereka, Mohamad Hazrul Adam, 6, yang duduk di atas riba Nora Afiza, cedera di muka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori