Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ambiga ‘Malu’ Malaysiakini Dedah...

KAWALAN keselamatan yang paling ketat di sekitar pusat bandar raya Kuala Lumpur berjaya...

PBM Ajak Parti Kecil...

Parti Bangsa Malaysia (PBM) mencadangkan parti-parti kecil dan penyokong kerajaan perpaduan wajar duduk...

JKDM Sabah Rampas Dadah...

KOTA KINABALU — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas dadah jenis methamphetamine...

Kes Buli SMK Bandar...

GEORGE TOWN - Kementerian Pendidikan sudah menyelesaikan kes buli dan samseng yang didakwa...

Warga Singapura Dikhuatiri Lemas Terjatuh Kapal

MELAKA – Seorang warga Singapura dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh daripada sebuah kapal persiaran Super Star Gemini.

Kehilangannya disedari ketika kapal itu hendak berlabuh di pelabuhan Pulau Pinang semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Daerah Maritim Kuala Linggi (DM5), Lt. Komander (M) Mohamed Suffian Khairudin berkata lelaki berusia 60 tahun itu yang dikenali sebagai Wuan Poh Fatt dipercayai terjatuh daripada kapal berkenaan kira-kira 11.05 malam pada Ahad.

Beliau berkata mangsa disedari tidak berada di dalam kapal ketika kapal yang berpangkalan di Singapura itu hendak berlabuh.

“Mangsa disedari hilang dari kabin oleh kenalannya yang memaklumkan perkara itu pada kru kapal yang kemudian membuat pengumuman mencarinya di atas kapal, tetapi tidak mendapat respons daripada mangsa.

“Kru kapal kemudian meneliti rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di sekitar kapal dan mengesan kelibat orang terjatuh ke dVisualalam laut lebih kurang 9.5 batu nautika dari Pulau Batu Besar dan lebih kurang 12 batu nautika dari Tanjung Kling pada 27 November lalu, kira-kira 11.05 malam,” kata Mohamed Suffian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Bilik Gerakan APMM DM5 menerima panggilan berhubung laporan kehilangan mangsa yang dibuat Kapten Kapal Persiaran Super Star Gemini, Kapten Westergren melalui Maritime Rescue Sub Centre Wilayah Maritim Selatan Johor Bahru dan Maritume Rescue Command Centre Putrajaya kira-kira 9.20 malam tadi.


Katanya APMM DM5 kemudian mengaktifkan misi mencari dan menyelamat dengan menggerakkan aset Bot Kilat 19 dan Pengawal 49 ke lokasi sekitar perairan Tanjung Kling.

Mohamed Suffian berkata pihaknya telah melaksanakan operasi mencari dan menyelamat dengan kerjasama pelbagai pihak penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Beliau berkata hebahan juga dibuat kepada kapal dagang serta komuniti maritim yang melalui laluan berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori