Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Hutang 1MDB Hanya Alasan...

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Menteri...

Ini Pantun Lengkap ‘Sekali...

INSIDEN pemilik syarikat produksi MIG, David Teo yang dilempang pelakon senior Mat Over...

Berhati-Hati Memandu Pulang Ke...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan pengguna jalan...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

JOHOR BAHARU - Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Johor kekal 45...

Waris Jual Baju Sekolah Murah Untuk Ringan Beban Ibu Bapa

TIDAK seperti artis-artis lain yang kebanyakannya memilih menceburi perniagaan minyak wangi, penyanyi rap, Waris pula lebih berminat mengeluarkan baju sekolah.

1

Menariknya, baju di bawah jenama Waghih ini dijual dengan harga yang berpatutan namun, masih lagi berkualiti.

Menurut Waris, dia memilih untuk mengeluarkan baju sekolah pada harga murah kerana terkesan dengan masalah ibu bapa yang berdepan isu kenaikan harga barangan keperluan, khususnya kelengkapan sekolah.

“Alhamdulillah, saya anggap bidang baharu ini sebagai rezeki anak, Muddassir, 2 bulan

“Apa yang penting bagi saya, pakaian ini direka khas dengan kain yang berkualiti supaya pelajar nampak segak, bergaya, yakin dan bersemangat untuk ke sekolah.

“Yang utama, harganya murah bagi meringankan beban ibu bapa, khususnya mereka yang ada ramai anak. Niat saya hanya satu, iaitu meringankan bebanan golongan berkenaan,” katanya.

Bercerita mengenai pembuatan pakaian itu, Waris memberitahu penghasilan pakaian itu dibuat di Bangladesh.


Buat permulaan, baju sekolah jenama Waghih ini sudah dapat dibeli di pasaran Negeri Sembilan, mulai musim cuti sekolah ini.

Bagaimanapun, sekiranya mendapat permintaan yang tinggi, Waris memberitahu dia akan mempasarkan ke seluruh negara.

Waris juga turut memasang impian untuk mengeluarkan kelengkapan sekolah lain seperti beg, bekas pensel dan pen.

Sumber: BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori