Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Anwar Lupa Tiada Siapa...

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak patut membidas SPRM kerana menyiasat Hakim...

Johor Akan Teliti Tuntutan...

KERAJAAN Negeri Johor akan menyemak dan memperhalusi tuntutan harta pusaka oleh keturunan Datuk...

Pesta Kaamatan Pamer Keharmonian...

PENAMPANG - Persefahaman, penglibatan dan komitmen semua suku kaum dan etnik dalam menjayakan...

Kes Video Intim: Polis...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Ahli Majlis Tertinggi UMNO,...

Waris Mangsa Maut Dihempap Harap Siasatan Disegerakan

KLANG – Waris keluarga pasangan suami isteri yang maut selepas kereta mereka dihempap jentera cerucuk besi di Bandar Bukit Raja di sini Jumaat lepas meminta siasatan punca kejadian itu segera diselesaikan.

Anak sulung mangsa, Muhamad Zahidin Abd Rahim, 32, berkata andai punca sebenar diketahui, ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesedihan keluarganya akibat kemalangan tragik yang meragut nyawa ibu bapanya.

Menurutnya, subkontraktor bagi projek pembinaan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat, WCE Holdings Berhad, memberikan kerjasama dengan baik dalam memberi penjelasan berhubung insiden berkenaan.

“Kita memang serahkan kepada polis dan agensi terlibat untuk siasat siapa yang bersalah dan punca sehingga berlakunya insiden seperti itu, namun diharapkan agar ia dapat segera diselesaikan.

“Tapi kami sedikit kesal apabila datang ke kawasan pembinaan itu, kami lihat ada aspek keselamatan yang kurang dititikberatkan, mungkin itu punca jentera tersebut tumbang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Muhamad Zahidin lagi, dua adiknya, Siti Hajar, 17, yang sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Siti Nordiana, 13, tenang dan reda dengan pemergian ibu bapa mereka dan keluarga itu juga terus memberi sokongan supaya ia tidak mengganggu pelajaran mereka.


Sementara itu, peguam yang dilantik keluarga berkenaan, Mohd Fadly Hashim menyatakan tindakan sivil mungkin akan diambil terhadap pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.

“Namun kita akan tunggu dulu hasil siasatan yang sedang berjalan supaya kita tahu apakah puncanya dan salah siapa, baru kita putuskan sama ada akan ambil tindakan sivil atau tidak.

“Kita amat terharu dengan keprihatinan WCE Holdings Berhad menyalurkan sagu hati kepada keluarga ini untuk pembiayaan urusan kematian malah kerjasama mereka cukup baik dan mereka yang hubungi kami dulu sejak kemalangan itu,” katanya.

Dalam kemalangan itu, Abd Rahim Abd Rahman, 51, dan isterinya, Nurhayati Rosli, 46, seorang warga Indonesia, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala apabila kereta yang dinaiki mereka dihempap jentera cerucuk besi ketika melalui kawasan tapak pembinaan di Persiaran Astana, Meru, di sini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • maut

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori