Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mengapa Mamalia Laut Seperti...

LAUT biru yang terbentang luas pastinya tersingkap segala macam spesis hidupan air dengan...

Pelajar UUM Kes Baharu...

SELEPAS 28 hari tanpa kes baharu, Kedah mencatatkan satu kes positif Covid-19 hari...

TPPA: Malaysia Ambil Pendekatan...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung status Perjanjian...

Larangan Bersekutu Dengan Yahudi-Kristian

PADA 21 Julai 2017, Al-Quds Foundation Malaysia dan Aqsa Syarif serta badan bukan...

Tak Maafkan Penulis Dakwa Rumah Tangganya Goyah

PELAKON Wawa Zainal menerusi satu posting di laman Instagram (IG) mengatakan dia tidak akan memaafkan penulis ruangan pojok di sebuah akhbar yang menulis artikel mendakwa rumah tangganya sedang goyah.

Memetik artikel itu, penulisnya mendakwa Wawa dikatakan merajuk melihat keakraban di antara suaminya, aktor Aeril Zafrel dengan pasangan heroinnya dalam drama Patahnya Sebelah Sayap, Ummi Nazeera.

Artikel itu juga menyebut, disebabkan Wawa cemburu dengan kemesraan Aeril dan Ummi, suaminya terpaksa mengambil inisiatif memujuk dengan membawa mereka sekeluarga bercuti di Korea Selatan, baru-baru ini.

Tak Maafkan Penulis Dakwa Rumah Tangganya Goyah

Tak Maafkan Penulis Dakwa Rumah Tangganya Goyah

Wawa di Instagramnya menulis, “Eh mana ada cemburu. Kalau cemburu daripada dulu lagi tak kasi dia berlakon dengan mana-mana perempuan. Hahahaha. Saya tahu dorang memang kawan baik. Tapi best juga kalau kita merajuk, Aeril pujuk bawa pergi bercuti ke luar negara. Nak merajuk la lepasni. Erm nak pergi Paris, Istanbul. Ececeh.”

“Semoga Allah ampunkan saya dan keluarga, tapi saya tak akan maafkan penulis tu, sampai dia memohon maaf,” tulis ibu kepada dua cahaya mata itu.


Tak Maafkan Penulis Dakwa Rumah Tangganya Goyah

Selain menafikan dakwaan rumah tangganya bermasalah, Wawa turut juga mempromosikan drama terbaharu lakonan suaminya bersama Ummi berjudul Nahu Rindu yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Nahu Rindu merupakan naskhah kedua yang sekali lagi menggandingkan Aeril dan Ummi sebagai teraju utama selepas Patahnya Sebelah Sayap. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori