Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Orang Tengah Kes Rasuah...

PUTRAJAYA - Seorang lelaki yang disyaki memainkan peranan sebagai 'orang tengah' direman selama...

“Aidilfitri Sunyi Tanpa Muhammad...

ALOR SETAR - Sambutan hari raya tanpa kehadiran anak tercinta pasti sangat dirasai...

Video: Warden Asrama Berkopiah...

RAKAMAN video yang memaparkan seorang lelaki berkopiah memijak seorang remaja kini tersebar di...

Krisis Ekonomi Sri Lanka...

COLOMBO: Krisis ekonomi yang melumpuhkan Sri Lanka berisiko menyebabkan kebuluran di seluruh negara...

Wow… Peminat Hadiahkan Anuar Zain Jam Rolex

WALAUPUN jarang muncul dalam mana-mana majlis hiburan dan kaca televisyen, penyanyi Anuar Zain membuktikan dia tetap memiliki populariti yang kukuh dan disayangi peminat meskipun sudah lebih 30 tahun bertapak dalam industri seni hiburan.

Sehinggakan, baru-baru ini ada salah seorang peminatnya sanggup melabur ribuan ringgit semata-mata mahu menghadiahkan seutas jam tangan mewah berjenama Rolex kepadanya.

Wow... Peminat Hadiahkan Anuar Zain Jam Rolex

Menurut Anuar, 46, dia sendiri terkejut apabila dihadiahi seutas jam tangan mewah dari seorang peminat ketika menjayakan satu acara Exclusive Meet & Greet di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Katanya, jam tangan itu adalah hadiah paling mahal yang pernah diterimanya sepanjang tiga dekad berada dalam industri seni.

“Terkejut sangat sebab tak pernah seumur hidup orang hadiahkan barang semahal ini.  Saya pula jenis orang yang tak begitu gemar menerima hadiah.


“Walau apapun, saya bersyukur kerana mempunyai peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seni tanpa mengharapkan apa-apa balasan,” katanya kepada BH Online.

Anuar kini sedang sibuk mempromosikan album solo kelimanya melalui kerjasama dengan pasar raya Mydin.

Album terbaharunya itu sudah terjual lebih 11,000 unit, setelah lebih sebulan dipasarkan. – MYNEWSHUB.CC 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori