Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

M’sia Kaji Balik Diplomatik...

RAUB - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengarahkan Kementerian Luar...

300,000 Penerima BSH Beri...

KUALA LUMPUR ā€“ Sehingga hari ini, seramai 3 juta penerima Bantuan Sara Hidup...

Akta Aksem Berkuat Kuasa...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menetapkan Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 (Akta 779)...

Mangsa Banjir Kilat Di...

ALOR SETAR - Mangsa banjir kilat di Baling menurun kepada 282 mangsa daripada...

Yayasan IJN Belanja RM4 Juta Setahun Bantu Pesakit

KUALA LUMPUR – Yayasan Institut Jantung Negara (Yayasan IJN) membelanjakan lebih RM4 juta setahun untuk membantu pesakit jantung kurang berkemampuan dari seluruh negara.

Pengerusi Yayasan IJN, Toh Puan Dr. Aishah Ong berkata lebih 1,000 pesakit dewasa dan kanak-kanak kurang berkemampuan telah dibantu di bawah Program Bantuan Pesakit sejak yayasan ditubuhkan pada 1995.

“Oleh sebab itu, kami di Yayasan IJN sentiasa perlu memastikan dana yang mencukupi sekurang-kurangnya RM3.7 juta hingga RM4 juta setahun bagi membantu pesakit yang memerlukan rawatan segera,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan sumbangan wang zakat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada Yayasan IJN di Pusat Konservasi Giant Panda (GPCC) di Zoo Negara di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Dr. Daroyah Alwi menyerahkan sumbangan zakat sebanyak RM100,000 kepada yayasan itu.

Aishah berkata dari Jan sehingga Okt lepas, sejumlah RM3.7 juta di bawah Program Bantuan Pesakit dibelanjakan bagi membiayai kos rawatan dan pembedahan seramai 137 pesakit.

Katanya, daripada jumlah pesakit itu, 73 adalah pesakit dewasa manakala 64 lagi kanak-kanak.

“Jumlah dana yang dibelanjakan dan jumlah pesakit yang ditaja tahun ini lebih banyak berbanding tahun lepas.


“Kita mengalu-alukan sumbangan zakat dari PKNS, syarikat korporat dan organisasi lain bagi membantu membiayai kos rawatan dan pembedahan pesakit yang memerlukan,” katanya.

Menurutnya, kos rawatan penyakit jantung terutama bagi kanak-kanak dan bayi mencecah RM30,000 hingga RM40,000 bagi setiap pesakit meliputi kepakaran, pemerhatian, rawatan sokongan dan peralatan khusus.

Pada majlis itu juga, seramai 30 pesakit jantung kanak-kanak bersama anggota keluarga dibawa melihat haiwan di zoo berkenaan termasuk pasangan Panda Gergasi Xing Xing dan Liang Liang sempena ulang tahun ke-21 Yayasan IJN serta Hari Kanak-kanak Sedunia.

Dr. Daroyah berkata sumbangan itu adalah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada institusi perubatan menerusi pengagihan semula wang zakat PKNS kepada pihak-pihak seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Hospital Ampang dan Yayasan IJN.

“Memandangkan kos rawatan jantung yang tinggi, kita ingin jadikan sumbangan zakat ini sebagai peruntukan tahunan kepada Yayasan IJN, tetapi jumlahnya kita tidak lagi pasti berapa,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori