Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Ditikam Selepas...

SEMPORNA - Polis Semporna menafikan berita bahawa seorang warga emas ditikam dan dirompak...

Thailand Mahu Tarian ‘Nora’...

BANGKOK - Kabinet Thailand semalam meluluskan cadangan Kementerian Kebudayaan untuk menjadikan tarian rakyat...

Menteri Luar UAE Kunjung...

PUTRAJAYA - Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa Emiriah Arab Bersatu (UAE)...

BN Selangor, 10 NGO...

SHAH ALAM - Kepimpinan Barisan Nasional (BN) Selangor dan wakil 10 badan bukan...

Zahid Rai 3 Sayap Parti Bersempena PAU 2016

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meraikan kira-kira 2,000 perwakilan daripada pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dalam jamuan tengah hari bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di sini.

Turut hadir Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid yang juga naib presiden yang menjalankan tugas timbalan presiden parti turut menyaksikan penyerahan sumbangan khairat kematian oleh Khairy mewakili Pemuda kepada wakil enam pemimpin Pemuda bahagian yang meninggal dunia pada tahun ini, berjumlah RM20,000 setiap seorang.

Enam pemimpin Pemuda bahagian berkenaan ialah Ketua Penerangan Pemuda Bahagian Tanjong Fazroul Ifzam Badaruddin; Ketua Pemuda Bahagian Gombak Mohamed Muizz Shadi Mohamed; Anggota Jawatankuasa (AJK) Pemuda Bahagian Pendang Norhisham Abdul Rahman; Pengerusi Tetap Pemuda Bahagian Kuala Kedah Mohd Ramzi Hassan; AJK Pemuda Bahagian Ledang Mokhtar Madon, dan Penolong Setiausaha Pemuda Bahagian Petaling Jaya Selatan Razen Khan Tajim Khan.


Shahrizat yang mewakili Wanita UMNO pula menyampaikan pinjaman Tekun Malaysia berjumlah RM4.54 juta kepada 60 peserta Program Pembangunan Usahawan Profesional Muda Bumiputera yang diwakili oleh Pengerusi Tekun Nasional Datuk Nor Azita Abd Rahman merangkap penolong bendahari Wanita UMNO.

Pada majlis sama, Ahmad Zahid turut menyampaikan Anugerah Penambahan Keahlian Tertinggi Puteri UMNO Bahagian yang dimenangi oleh Puteri Bahagian Kuala Nerus dengan jumlah keanggotaan baharu 1,359 orang diikuti Puteri Bahagian Besut dengan keanggotaan baharu 728 orang dan Puteri Bahagian Baling dengan jumlah keanggotaan baharu 534 orang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori