Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rusia Adakan Latihan Perang...

MOSCOW - Rusia akan menjadi tuan rumah latihan perang terbesar pernah diadakan sejak 1980-an,...

“Pakaian Terhodoh” Selebriti Di...

LUMRAH bagi setiap acara gala yang besar dan gah, ada sahaja selebriti yang...

Pengundian Awal Pilihan Raya...

KUCHING - Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN11) selesai...

Dadah Dalam Tin Coklat...

'TAK tahu dadah dalam tin coklat' - Demikian alasan seorang lelaki warga Malaysia...

Zakar Hampir Putus Gara-Gara Terlibat Pergaduhan Jalanan

SEORANG lelaki mengalami detik cemas dalam hidupnya apabila kemaluannya nyaris-nyaris terputus apabila terlibat dalam pergaduhan jalanan antara dua kumpulan di Toronto, Kanada.

Manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan di bahagian mata dalam kejadian sama.

Pihak polis tempatan dalam kenyataan yang dikeluarkan ketika cuba mengesan suspek serangan ganas dalam pergaduhan itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkata kecederaan yang dialami mangsa boleh membawa maut.

Zakar Hampir Putus Gara-Gara Terlibat Pergaduhan Jalanan

Dalam insiden pergaduhan yang berlaku pada pukul 3.50 pagi itu, difahamkan seorang suspek dari kumpulan pertama telah menikam seorang lelaki berumur 38 tahun dari kumpulan kedua dan menembak lelaki berusia 26 tahun dari kumpulan sama.

Kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan serius.


Menurut Konstabel Chris Hominuk kepada akhbar Toronto Sun, terdapat 20 orang saksi dalam kejadian itu namun kesemuanya menafikan melihat pergaduhan itu.

Malah ada yang mendakwa mereka sedang tidur di dalam bas dan tidak mendengar apa-apa tembakan dari insiden terbabit.

Pun begitu, pihak polis tempatan meneruskan siasatan dan masih lagi mencari saksi kejadian tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori