Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Nasib Abdul Azeez Batal...

KUALA LUMPUR – Rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul...

Felda Umum Tangguh Potongan...

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengumumkan penangguhan potongan pendapatan peneroka...

Warga Myanmar Didakwa Cuba...

ALOR SETAR - Seorang buruh kasar warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di...

Hanya Bantu Siasatan, Bukan...

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Isham Ishak...

Zul Ariffin Perjelas Isu Berlagak Dengan Peminat

BERIKUTAN dakwaan menyatakan dirinya berlagak diva bersama peminat di Sabah, pelakon Zul Ariffin tampil mempertahankan diri sekali gus menafikan tuduhan bahawa dia enggan bergambar dengan peminat.

Menurut pelakon filem Tombiruo ini, tuduhan yang dilemparkan pengusaha restoran berkenaan adalah palsu semata-mata dan dia mempunyai saksi kejadian itu.

Baca: Peminat Tuduh Zul Ariffin Berlagak Diva Dengan Peminat

Jelas Zul, dia juga tidak mengeluarkan ayat ‘saya tidak selesa’ seperti yang didakwa pengusaha restoran terbabit dalam status Facebook viral tersebut.

Zul Ariffin Perjelas Isu Berlagak Dengan Peminat

“Ya, memang betul saya ada penggambaran di Sabah ketika itu dan telah singgah di restoran tersebut untuk makan tengah hari bersama dua orang rakan dan kru produksi.

“Seorang pelayan wanita datang ambil order kami dan kali kedua dia ke meja kami dan beritahu pemilik restoran mahu belanja kami makan. Kami senyum dan cakap ‘okay’.

“Kali ketiga, dia beritahu pemilik kedai telefon dan mahu bergambar dengan saya. Saya beritahu kepada dia kami mahu makan dahulu dan minta tunggu sebentar.

“Seingat saya, tidak keluar langsung ayat ‘please respek, saya tak selesa’ seperti yang didakwa oleh pemilik restoran berkenaan di Facebooknya,” katanya kepada Astro Gempak.


Zul yang menyifatkan tuduhan tersebut telah mencemarkan namanya turut menyatakan pendiriannya bahawa dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu tersebut.

“Mula-mula saya anggap ini perkara kecil sebab itu saya tidak memberi sebarang kenyataan, tetapi makin dibiarkan makin melampau. Agaknya dia sedang seronok dengan tuduhan palsu yang dia buat.

“Semasa kejadian pemilik restoran tidak ada pun di situ. Saya ada saksi bersama saya, kalau saya ambil tindakan terhadap dia rasanya teruk dia nanti.

“Dia menipu dan menulis status berbaur provokasi? Apa motif dia? Adakah untuk mendapatkan publisiti murahan ataupun tujuan viral?” katanya lagi.

Menerusi status yang menjadi viral itu, pengusaha restoran berkenaan mendakwa Zul berlagak diva apabila menolak untuk merakamkan gambar dengan pekerja dengan alasan tidak selesa. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori