Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

ATM Perketat Kawalan Di...

KOTA BAHARU - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand...

Perkasakan Kaum Tamil Agenda...

REMBAU - Memperkasakan kaum India menjadi agenda utama kerajaan sehingga mewujudkan dasar dan...

Nelayan Didakwa Cabul Anak...

KOTA BHARU – Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Lelaki Bernafsu Pelik, Cabut...

Wellington - Seorang lelaki New Zealand yang mempunyai nafsu pelik terhadap wanita yang...

Zuraida Ditahan Berhubung Himpunan Haram Semalam

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin ditahan dipercayai berhubung perhimpunan haram yang berlangsung di ibu kota semalam.

Perkembangan terbaru itu menjadikan seramai 20 pemimpin dan aktivis ditahan bermula Jumaat sehingga semalam berhubung perhimpunan Bersih 5 dan Gerakan Baju Merah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi mengesahkan penahanan Ketua Wanita PKR itu, namun beliau tidak mendedahkan lokasi dan masa Zuraida ditahan.

Beliau berkata Zuraida ditahan bagi membantu siasatan berkaitan rusuhan mengikut Seksyen 147/511 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, 19 pemimpin dan aktivitis daripada kedua-dua kumpulan itu termasuk Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah dan ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan.


Bagaimanapun, jumlah itu tidak termasuk tiga lagi penahanan membabitkan peserta perhimpunan kerana kesalahan menggunakan dron semasa perhimpunan itu, memiliki senjata parang dan buku lima, dan mendatangkan kecederaan kepada peserta lain. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori