Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes Rakaman Audio, 12...

KUALA LUMPUR - Polis sudah merakam percakapan 12 daripada 20 individu yang disebut...

Polis Buru Penunggang ‘Tik...

PORT DICKSON: Polis sedang mengesan seorang penunggang dalam video yang tular menunjukkan aksi...

Polis Kelantan Tahan 3...

KOTA BAHARU - Polis Kelantan berjaya menahan tiga individu serta merampas dua jenis...

100 Motosikal Isi Minyak...

KIRA-KIRA 100 penunggang motosikal di Parit Buntar, Perak sanggup berbaris panjang bagi mengisi...

⁠⁠⁠Isu Presiden FAM: Perang Mulut Meloyakan

GAGAL di Kejohanan AFF 2016 di Myanmar baru-baru ini, membayangkan kesuraman prestasi skuad kebangsaan Harimau Malaysia kekal berterusan. Kejayaan Thailand membayangkan skuad Gajah Putih terus kekal ampuh.

Lebih mencabar maruah kita, kehadiran skuad Indonesia pada final AFF memberi pertunjuk: Walaupun setahun digantung FIFA, Indonesia kini kembali dengan aksi mantap.

Di tanahair – berita Kelantan bakal menarik diri dari Liga Super satu khabar sedih. Manakala kedudukan Selangor sebagai juara 33 kali Piala Malaysia yang mungkin ikut meminggir diri tahun depan – melengkapkan siri bencana dalam akaun bola sepak tempatan.

Selain itu, persekitaran bola sepak nasional dimurungkan lagi dengan isu: Siapa bakal Presiden FAM?

Isu mengenai jawatan presiden membuatkan suasana murung berubah menjadi meloyakan!

Perang mulut antara bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dengan Penaung Persatuan Bolasepak Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim langsung tidak membantu keadaan.

Isu proksi serta dakwaan lelaki yang gagal menjadi debat terbuka di Facebook. Sesuatu yang tidak patut berlaku. Dulunya, kedua-dua tokoh inilah yang riuh mempromosikan betapa FAM patut berubah.

Sekarang nampaknya, kedua-duanya tokoh ini sudah menjadi sumber jenaka murahan dalam perang yang agak kebudak-budakan.


Kita tidak perlukan ulasan sarkastik atau pesimis. Anda berdua – Annuar dan Tunku Ismail – kononnya mahukan perubahan. Anda berdualah yang selama ini gah dan riuh mahukan perubahan. Bukankah anda berdua juga yang mahukan bolasepak nasional kembali menebus maruah?

Pertengkaran murahan menjadikan anda berdua tidak menyumbang apa-apa pun untuk kemelut ini. Memang Kelantan sedang nazak dan Johor sedang mewah. Tetapi perang ego di Facebook bukan penyelesaian.

Kita melalui saat getir dalam menangangi krisis kemerosotan prestasi skuad kebangsaan. Diburukkan lagi dengan isu dua pasukan gergasi Liga Malaysia yang bakal gulung tikar. Justeru, perang Facebook antara dua tokoh bola sepak yang saling menyerang satu sama lain, bukanlah sesuatu yang diharapkan.

Kalau begini keadaanya – nyatalah anda berdua juga antara masalah tambahan untuk bola sepak nasional. Masalah perwatakan ultra ego yang sukar dikawal.

Eloklah! Kalau begini rupanya pemimpin yang kita ada – bola sepak bukan saja sedang mengalami krisis kemerosotan permainan dan kewangan – tetapi lebih teruk: Krisis perwatakan kepimpinan! – MYNEWSHUB.CC 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori