Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Sampah Sarap Terapung Di...

CAMERON HIGHLANDS - Sampah sarap terkumpul seluas kira-kira separuh padang bola sepak, masih...

Fungsi BPA Ditukar Kepada...

PUTRAJAYA - Akta Ombudsman akan digubal bagi menukar fungsi Biro Pengaduan Awam (BPA)...

Kedah Perkenal Jersi Baharu...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengumumkan rekaan dua jersi baharu...

Bahan Buangan, Sebatian Organik...

PUTRAJAYA - Bahan buangan dan sebatian organik tersisa dikenal pasti sebagai punca utama...

1 Lagi Pendaki Malaysia Disahkan Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (Iranian Red Cresent), mengesahkan seorang lagi pendaki Malaysia, Ramli Abd Majid, yang hilang di Gunung Damavand, Iran, sejak 20 November lalu, meninggal dunia.

Maklumat berkenaan diterima oleh Kedutaan Besar Malaysia di Iran dan kumpulan ekspedisi ketika mengadakan pertemuan dan perbincangan mengenai usaha mengesan Ramli, 44, di ibu pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Iran di Tehran, hari ini.

Ketua Ekspedisi, Khafiz Bachok, berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa berakhir sejak tiga hari lalu di kawasan kampung utara Gunung Damavand, Nandal.

 

Perbincangan bersama Persatuan Bulan Sabit Merah dan First Secretary Kedutaan Malaysia di ibu pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Iran di Tehran.

27gunung-transformed

 

“Ramli dipercayai terjatuh di Lembah Yakhar Glasier berpunca dari keadaan angin semasa yang bertiup kuat dari arah Barat dan Timur,” katanya dalam kenyataan melalui aplikasi WhatsApp.


Katanya, berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh Bulan Sabit Merah Iran, kebanyakan kes orang hilang ketika mendaki gunung berkenaan akan berakhir di Yakhar Glasier.

“Sebelum ini, di lembah sama, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, pada 28 November, yang dipercayai terjatuh dari ketinggian 4100 meter,” katanya.

Kedua-dua mangsa itu adalah antara lapan pendaki yang memulakan pendakian ke puncak gunung berkenaan pada 20 November lalu.

Bagaimanapun, Syed Redzuan dan Ramli, bertekad menyertai seorang pendaki Turki ke puncak walaupun dinasihati untuk turun. Mereka dilaporkan hilang pada keesokkan harinya. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori