Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Identiti 3 Mangsa Nahas...

KUALA KANGSAR - Identiti tiga mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan...

PM Seru Rakyat Kekalkan...

BENTONG - Rakyat diseru agar terus mengamalkan konsep kesederhanaan untuk memastikan negara kekal...

Mesyuarat Kabinet Bincang Usaha...

PUTRAJAYA - Mesyuarat Kabinet hari ini membincangkan usaha-usaha kerajaan untuk menangani kesan jerebu...

Cetusan Pemikiran Kritikal ‘Gen...

KUALA NERANG - Golongan muda atau dikenali sebagai 'Gen Y' perlu mencetuskan pemikiran...

13 Jasad Mangsa Tragedi Bas Sudah Dituntut Keluarga

MUAR – Dua lagi jasad mangsa kemalangan bas ekspres di KM137.3 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Pagoh semalam, dituntut waris mereka, menjadikan kesemua 13 jasad telah dituntut setakat 11 pagi ini.

Dua jasad itu ialah Mohd Hisham Wahab, 32, dan Wong Kok Chan, 32.

Jenazah Allahyarham Mohd Hisham yang dituntut bapanya Wahab Jusoh, 60, dibawa keluar dari Rumah Mayat Hospital Sultanah Fatimah (HPSF), di sini kira-kira 10.35 pagi untuk dibawa pulang ke Kampung Rawai, Marang, Terengganu.

Jasad mendiang Wong yang dituntut abang sulungnya Wong Kok Huen, 40, pula dibawa keluar lima minit kemudian untuk dibawa pulang ke Seremban, Negeri Sembilan.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan rumah mayat itu dengan anggota keluarga dan kenalan mangsa yang berada di situ dilihat begitu sedih dan sayu.

Sementara itu, jenazah Abdullah Hadi Yusof, 47, yang merupakan warganegara India sudah dibuat pengecaman oleh rakan-rakannya.


Jenazah ahli perniagaan itu, bagaimanapun dijangka dihantar pulang ke Tiruchirappalli, Tamil Nadu, India esok selepas proses dokumen diselesaikan pihak terlibat.

Setakat 9.15 malam tadi, enam jasad mangsa iaitu Nor Saidatul Akmal Idris, Nur Amira Izzaty Mohd Razip, G. Palanivelan, V. Renugah, Zakeer Zubir dan Nur Natasya Zahara Zakeer sudah dituntut keluarga masing-masing.

Jasad Suriyah Abd Hamid, Faridah Tamron, Hazimah Mustafa, Au Poi Kiew dan Hamimah Mammu kemudian turut dituntut waris mereka selepas itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori