Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Muafakat BN Tidak Boleh...

KOTA BHARU - Kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam menghasilkan muafakat yang kukuh antara...

Sibu Jadi Tumpuan Penerjun...

SIBU - Penganjuran Program Terjun BASE Antarabangsa 2018 perlu dimanfaatkan sebagai platform mempromosikan...

Safiey Ilias Terima Nasib...

SEBELUM ini pengguna laman sosial disajikan dengan posting dari akaun Facebook palsu Datuk...

170 Pegawai, Anggota PDRM...

GOPENG – Seramai 170 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)...

162 Premis Di Negeri Sembilan Dapat Sijil Perakuan Bomba

SEREMBAN – Sebanyak 162 premis di Negeri Sembilan mendapat Sijil Perakuan Bomba bagi tempoh Januari hingga November tahun ini, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis.

Beliau berkata, selain itu,76 premis sedang dalam proses penambahbaikan, 30 premis pula dalam proses pendakwaan, 27 premis dalam proses permohonan manakala 20 premis lagi belum memohon sijil berkenaan.

“Jumlah itu adalah daripada keseluruhan 315 premis yang telah direkodkan (untuk perakuan) di negeri ini. Premis tersebut meliputi 157 kilang, hotel (72), kedai (37), pejabat (13), hospital (10), storan dan am (8), asrama (9), tempat perhimpunan (7) dan perpustakaan (2),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus Sistem Sokongan Elektronik Perlesenan Perniagaan (BLESS) di sini hari ini.

Katanya perangkaan ini menunjukkan wujud kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap keperluan dan tanggungjawab memastikan setiap premis yang dihuni berada dalam keadaan selamat.

Katanya kelalaian serta keengganan untuk mematuhi peruntukan Akta Perkhidmatan Bomba akan menyebabkan tindakan undang-undang diambil ke atas mereka.


Sementara itu, Norazam berkata pemilik premis perlu bersedia untuk memberi maklumat bagi pelaksanaan pengeluaran Sijil Perakuan Bomba secara dalam talian mulai 1 Jan 2017.

Katanya pelaksanaan portal ‘BLESS’ adalah sebahagian daripada usaha bagi meningkatkan sistem penyampaian kerajaan yang sedia ada.

Seramai 203 pemilik premis hadir pada kursus itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori