Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Sudah Pergi Pejabat YB,...

KUALA LUMPUR - Walaupun Barisan Nasional (BN) sudah tidak berkuasa dan tidak memiliki...

Rompakan Tiru Aksi ‘Fast...

SEKUMPULAN perompak dari Romania meniru aksi filem Fast and Furious lakona Vin Diesel...

SIC Terima E-mel Petunjuk...

KUALA LUMPUR - Insiden kecurian di Litar Sepang semasa perlumbaan Grand Prix (GP)...

Anggota Polis Lepas Tembakan...

PETALING JAYA: Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang anggota polis susulan tindakannya melepaskan...

1MDB: Johari Puji Tindakan Pantas Singapura

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani memuji Pihak Berkuasa Kewangan Singapura berikutan tindakan pantasnya ke atas pengubahan wang haram berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Sangat bagus. Mereka telah mengambil tindakan. Sangat bagus,” katanya ketika diminta mengulas mengenai tiga individu setakat ini yang didapati bersalah menyeleweng dana daripada 1MDB.

Dilaporkan bekas kakitangan Bank BSI milik Switzerland, Yeo Jiawei menjadi individu ketiga yang didapati bersalah dalam siasatan 1MDB oleh Singapura. Dua lagi bekas pagawai bank BSI juga telah dipenjarakan kerana penipuan berkaitan kes itu.

Johari menggesa semua bank membantu siasatan berkaitan 1MDB.

“Mengenai Malaysia, kita sedang melalui proses (siasatan) itu,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-20 Laluan LRT KL-Ampang oleh Prasarana Malaysia Bhd di Bukit Jalil hari ini.


Johari juga menegaskan tidak ada aktiviti perniagaan di 1MDB.

“Lari bermakna kita tidak akan menjalankan sebarang perniagaan di 1MDB. Ia menjadi syarikat tidak aktif,” katanya ketika ditanya mengenai temubual beliau sebelum ini dengan sebuah agensi berita di mana beliau menyatakan kerajaan akan ‘lari dengan 1MDB.’ – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori