Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemilihan UMNO Tidak Akan...

KUALA LUMPUR : Perubahan kepemimpinan UMNO sekiranya pemilihan parti diadakan khususnya membabitkan dua...

Kena Sindir Dengan Netizen,...

NAMA pelakon cantik, Uqasha Senrose kini kembali menjadi tatapan serta topik hangat dalam...

KPM Minta SPR Tidak...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) mengulangi pendirian meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)...

Enggan Beri Komen, Zaharah...

KECOH menerusi media utama tempatan berita perkahwinan kali kedua bekas menteri besar Selangor...

2 Maut, Motosikal Dilanggar Pacuan 4 Roda

IPOH – Dua maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 24, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Gua Tempurung di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi tadi, Asaya Abdul Rahim, 50, dan anak saudaranya Muhammad Amirul Mukminin Muhammad Shuhaimi, 16, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng Rohana Mustafa berkata kedua-dua mangsa yang berasal dari Sauk, Kuala Kangsar itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh sebelum dilanggar Toyota Hilux yang datang dari arah bertentangan.

“Sebuah lori tanpa muatan melanggar belakang Hilux sebelum kenderaan itu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh motosikal yang dinaiki mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat manakala pemandu lori dan Hilux hanya mengalami kecederaan ringan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori