Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Agong Tinjau Pelaksanaan Perintah...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, meninjau...

Jokowi Harap Malaysia Lindungi...

JAKARTA - Presiden Joko Widodo berharap Malaysia dan Indonesia melaksanakan satu memorandum persefahaman...

Pelakon Gerak Khas ‘Takde...

TAK tau apa ada dalam fikiran pelakon baru yang juga bekas peserta Mentor...

2 Tertuduh Kes Dadah Dalam Cecair Vape Hantar Representasi

SHAH ALAM – Dua bekas penjawat awam akan menghantar representasi kepada pihak pendakwaan bagi mengkaji semula tuduhan menggunakan cecair vape berperisa dadah yang dihadapi mereka di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bekas guru Azhariza Zakaria, 40, dan Zaki Mohd Ali, 35, memaklumkan perkara itu kepada hakim Wong Teck Meng melalui peguam masing-masing ketika sebutan semula kes itu di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Azhariza diwakili peguam Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid manakala Zaki oleh Mohd Hazrin Alif Wahab.

Wong kemudian menetapkan 26 Jan depan sebagai tarikh pengurusan kes yang baharu sementara menunggu keputusan representasi berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Fairuz Johari memberitahu mahkamah bahawa laporan kimia oleh Jabatan Kimia mengesahkan bahawa dadah dalam kes itu adalah 155 mililiter (ml) delta-9-tetrahydrocannabinol.


Pada 18 Dis tahun lepas, Azhariza, Zaki dan seorang wanita, Shazlina Azlin Mat Daud, 37, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan mengedar kanabis seberat 2,060 gram di No. 01, Tingkat 18, Blok N, Seri Maya Condo, Jalan Jelatek 2, Ampang dekat sini, kira-kira 9.30 malam pada 7 Dis, tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ahmad Shamil Azad, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, berkata pihaknya akan mengemukakan respresentasi berikutan Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak menyatakan berat minimum bagi dadah jenis delta-9-tetrahydrocannabinol meskipun ia tersenarai di bawah Jadual Pertama Akta berkenaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • vape

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori