Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Kota...

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Kota Marudu menurun kepada 2,750 orang...

Akibat Bela Palestin, Model...

PARIS - Wanita berhijab pertama dipilih untuk kempen iklan syampu jenama antarabangsa L’Oreal...

MB Negeri Sembilan Selar...

KUALA LUMPUR - Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamad Hasan menyelar usaha...

MAHB Laksanakan Proses ‘Uji...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan telah mendapat...

2 Wanita ‘Tukang Masak’ Heroin Ditahan

GEORGE TOWN – Dua wanita jurujual tiket bas yang “pandai didapur” ditahan polis di Sungai Gelugor di sini Ahad lepas, kerana kepakaran mereka memasak heroin.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis menahan dua wanita berusia 29 dan 30 tahun dalam sebuah kereta jenis Toyota Vios di kawasan itu kira-kira pukul 3 petang.

“Hasil pemeriksaan dalam kereta berkenaan polis menjumpai sebuah beg yang didalamnya mengandung satu peket heroin seberat 458 gram(g). Dipercayai dua wanita yang bekerja menjual tiket di sebuah stesen bas di Sungai Nibong itu sedang menunggu pelanggan mereka untuk menjual dadah tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya susulan penahanan mereka, polis menyerbu sebuah rumah di kawasan Butterworth, dekat sini dan merampas 15 peket heroin seberat 6.424 kilogram(kg) dan satu kotak berisi satu bungkusan serbuk putih disyaki kafein seberat 19 kg.

Beliau berkata pihaknya turut merampas pelbagai peralatan dan bahan-bahan untuk memproses dadah jenis heroin itu antaranya dapur gas, periuk, cecair-cecair kimia serta alat penimbang.

“Berdasarkan siasatan awal, dua wanita itu tinggal di rumah berkenaan dan mereka mempunyai kemahiran untuk memasak serta menghasilkan heroin menggunakan cara tradisional iaitu memasak menggunakan dapur gas berbanding masak menggunakan ketuhar gelombang mikro seperti sindiket dadah yang lain,” katanya.

Abdul Ghafar berkata selepas siap memasak heroin, dua wanita itu akan menghantar kepada anggota sindiket sebelum ia dijual kepada pelanggan mereka.

Jumlah keseluruhan harga dadah yang dirampas itu kira-kira RM116,500, katanya.

Katanya ekoran penahanan dua wanita itu, polis menahan seorang lelaki berusia 52 tahun di sebuah flat di Bayan Lepas, dekat sini semalam dan merampas 10 ketulan mampat heroin base seberat 3.72 kg bernilai RM430,000.


“Lelaki yang bekerja sebagai buruh itu dipercayai anggota sindiket dadah yang sama dengan dua wanita berkenaan. Polis juga kini sedang mengesan beberapa lagi anggota sindiket tersebut,” katanya.

Abdul Ghafar berkata dua wanita itu direman sehingga 25 Dis ini manakala lelaki berkenaan direman sampai 27 Dis dan kes mereka disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Abdul Ghafar berkata tiga lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes seorang pemandu teksi ditemui mati dalam teksinya di Kampung Kebun Lama, di sini pada 4 Dis lepas telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Katanya manakala seorang wanita warga Indonesia berusia 36 tahun yang turut ditahan bagi membantu siasatan kes itu masih direman dan siasatan mendapati hanya wanita berkenaan disyaki terlibat dalam kejadian itu.

“Wanita yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri itu masih direman dan polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan sebelum menyerahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Mayat seorang pemandu teksi ditemui dengan lima kesan tikaman dalam teksinya di hadapan sebuah pusat servis kereta di Jalan Terengganu di sini, kira-kira 1.50 pagi, 4 Dis lepas.

Susulan kejadian itu, polis pada 10 Dis menahan empat individu berkenaan bagi membantu siasatan dan dipercayai mangsa dibunuh ekoran dendam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori