Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Yusry dan Lisa Tidak...

JIKA diperhatikan, memang sudah menjadi satu menjadi 'trend' bagi selebriti yang bakal menimang...

RUU Baharu Kawal Vape,...

KLANG - Rang undang-undang baharu berkaitan kawalan pengunaan rokok elektronik atau vape dan...

PRU14: UMNO Sedia Perangi...

KUALA LUMPUR - Biro Penerangan UMNO telah mengatur gerak kerja bagi menangani berita...

Pekerja Nurseri Tendang Kepala...

SEORANG pekerja nurseri dirakam menendang kepala seorang kanak-kanak kurang upaya semata-mata kerana lampinnya...

2,000 Dijangka Sertai Larian Jambatan Batang Sadong

KUCHING – Kira-kira 2,000 peserta dijangka menyertai acara Larian Jambatan Batang Sadong, yang pertama kali dianjurkan, pada 11 Dis ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.

Katanya, larian santai itu bertujuan memberi peluang untuk mempamerkan perpaduan kukuh dan keharmonian yang wujud dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, sebahagian besar peserta dalam larian dua kategori iaitu lima dan 10 kilometer itu terdiri pada daripada penduduk kaum Melayu, Iban, Cina dan Bidayuh.

“Semua pserta akan diberi tempat menginap di dua rumah panjang Iban terpilih untuk membolehkan mereka merasai sendiri budaya dan makanan tempatan pada sebelah petang,” kata Nancy, yang juga Anggota Parlimen Batang Sadong, kepada pemberita di sini hari ini.

Hadiah akan hanya diberi kepada pemenang dalam kategori 10km lelaki dan wanita, dengan juara mendapat RM500, manakala naib juara dan pemenang tempat ketiga masing-masing menerima RM300 dan RM200 serta pingat.

Beliau meminta mereka yang berminat menyertai acara itu supaya menghubungi Pejabat Daerah Sadong Jaya, Asajaya dan Simunjan bagi mendapatkan borang dan keterangan lanjut.


Nancy berkata jambatan berharga RM211 juta sepanjang 1.48km itu adalah jambatan sungai terpanjang di negara ini dan pembinaannya diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2011.

“Kami menjemput beliau (Najib) merasmikannya dan beliau bersetuju.

“Bagaimanapun, kami serahkan kepada beliau untuk memilih tarikhnya. Saya percaya perkara itu akan dilakukan dengan agak segera,” kata beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori