Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Muhyiddin Bertemu KSN, Ketua-Ketua...

PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memulakan tugas sebagai Perdana Menteri hari...

Model Sabah Jadi Tumpuan...

IPOH – Kuartet ‘ayu’ 4x100 meter Sabah mencuri perhatian penonton yang hadir sebaik...

Gaji Warga Asing, 3...

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim (DM) 3 Lumut menahan...

Apa Muslihat AS Calon...

WANITA bukan Islam yang mencetus ketegangan dalam hubungan antara agama di negara kita...

2,046 Sekolah Alami Masalah Pendawaian Elektrik

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,046 buah sekolah di seluruh negara dikenal pasti mengalami masalah pendawaian elektrik yang merupakan antara punca berlakunya kebakaran di beberapa sekolah baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Senator Datuk Chong Sin Woon berkata ia membabitkan sekolah yang uzur iaitu berusia melebihi 20 tahun.

“Kebanyakan kebakaran yang berlaku tidak bermula dari makmal atau kekurangan dari aspek keselamatan seperti ketiadaan pintu rintangan api, tetapi ia kebanyakannya berpunca daripada litar pintas.

“Oleh itu fokus kementerian adalah kepada penyelenggaraan semula pendawaian elektrik di sekolah lama, terutamanya pada bangunan yang sudah lama,” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Chong menjawab pertanyaan Senator Datuk Lihan Jok mengenai punca utama menyebabkan beberapa sekolah di Sarawak terbakar dan apakah langkah kerajaan bagi menangani masalah itu.


Beliau berkata, program pendawaian elektrik akan dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun depan mengikut keutamaan bagi sekolah-sekolah yang kritikal.

Selain itu katanya, bagi mencegah kemalangan dan kebakaran, semua sekolah akan dibekalkan dengan alat pemadam api di samping warga sekolah diberikan latihan dan pendedahan berhubung aspek pencegahan kebakaran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori