SEREMBAN – Seramai 23 individu termasuk seorang penjaga premis ditangkap ketika berjudi di sebuah pusat hiburan di Taman AST di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, ACP Nor Azman Muhammad Yusof berkata mereka yang berumur antara 20 dan 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang ketika sedang main daun terup.
Beliau berkata empat daripada mereka juga didapati positif ketamin.
Sembilan wanita Vietnam yang berumur 30-an turut ditahan kerana disyaki bekerja di premis tersebut, katanya. – BERNAMA