Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nelson Mandela Kecewa Tak...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan tokoh pejuang penentangan...

“Kau Belanja Apa Sampai...

SUAMI sepatutnya menjadi tempat bagi isteri untuk berlindung, tetapi zaman kini tersasar sungguh...

Melayu Dipaksa Makan Babi,...

Sepang: Dipaksa makan daging babi sekali sehari oleh dalang sindiket pemerdagangan manusia berpangkalan...

Demi Berjumpa Donald Trump,...

SEORANG lelaki mencetuskan kacau bilau di kawasan Trump Tower selepas orang ramai melihatnya...

3 Beradik Ditemui Mati Lemas Dalam Parit Di Pekan

KUANTAN – Tiga beradik ditemui mati lemas dalam sebuah parit selepas keluar memancing di Kampung Permatang Jerek Merchong di Nenasi dekat Pekan, petang tadi.

Tiga mangsa yang belajar di Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya itu, Nor Aleeza Marliyana Mohd Rasid, 12, Mohamad Firdaus, 11, dan Nor Alia Mardiana, 7, ditemui lemas di kawasan parit yang mempunyai kedalaman kira-kira enam kaki kira-kira 4 petang.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga beradik itu keluar dari rumah untuk pergi memancing di tempat kejadian kira-kira 2 petang.

“Semasa kejadian, bapa mangsa ada di rumah. Jarak rumah ke tempat kejadian kira-kira 300 meter, dan setelah mendapati anak-anaknya belum pulang ke rumah menyebabkan beliau keluar mencari tiga beradik itu,” katanya kepada Bernama, malam ini.

Amran berkata apabila bapa mangsa tiba di tempat kejadian, beliau ternampak Nor Aleeza terapung dan beliau mengangkat mayat anaknya itu ke tebing parit tersebut.


Katanya Mohamad Firdaus dan Nor Alia pula dijumpai dalam kawasan parit berkenaan dengan bantuan jiran yang turut serta mencari tiga kanak-kanak terbabit.

Beliau berkata ketiga-tiga mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori