Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Angka Kematian Covid-19 Di...

PARIS - Angka kematian akibat wabak Covid-19 di Asia melepasi 10,000 semalam, hampir...

Bekas Gabenor Rio De...

RIO DE JANEIRO - Bekas Gabenor Rio de Janeiro dijatuhi hukuman 14 tahun...

5 Ramaja Ditahan Kes...

GEORGE TOWN - Lima remaja lelaki yang sebelum ini ditahan kerana disyaki terlibat...

4 Maut Dalam Kebakaran...

PETALING JAYA - Empat individu ditemui mati dalam kebakaran di sebuah rumah teres...

3 Maut, 4 Cedera Tembakan Rambang Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Tiga lelaki maut, manakala empat yang lain parah ditembak di Lebuh Raya Lim Chong Eu, dekat sini, awal malam Khamis.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.15 malam itu dikatakan berpunca daripada kemalangan jalan raya membabitkan empat buah kenderaan di kawasan berhampiran Pusat Komersial E-Gate, di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun tidak mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Bagaimanapun, sumber berkata, semua mangsa terkena tembakan rambang dilepaskan seorang lelaki yang turut terbabit dalam kemalangan itu.

Baca: Jurukamera RTM Cedera Ditembak Dilaporkan Stabil

Jurukamera RTM Cedera Ditembak Dilaporkan Stabil

Antara yang cedera adalah jurukamera RTM Pulau Pinang, Mohamad Amirul Amin Amir, 27, yang terkena satu das tembakan dilepaskan lelaki tidak dikenali itu pada bahu kiri.

Berdasarkan maklumat, ketika kejadian Mohamad Amirul dan seorang rakan menaiki sebuah motosikal menuju tapak Pesta Pulau Pinang, namun terserempak dengan kemalangan berkenaan.


Kedua-dua mereka dikatakan berhenti untuk melihat keadaan, sebelum Mohamad Amirul tiba-tiba ditembak.

Difahamkan, ketika ini, semua empat mangsa yang cedera, termasuk seorang wanita dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan kecemasan.

Berdasarkan maklumat, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner Zainol Samah, dijangka mengadakan sidang media dalam tempoh terdekat.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori