Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wan Saiful Sekali Lagi...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan sekali...

Kesatuan Umat Islam Kunci...

KRABI (Selatan Thai) - Kesatuan umat Islam yang merentasi sempadan negara, bangsa, bahasa...

PPBN Kekal Sebagai Polisi...

KUALA LUMPUR - Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) akan diteruskan walaupun individu...

MP Pembangkang Cadang Ambil...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadang untuk mengambil alih hotel milik GISB Holdings Sdn...

3 Maut, Militan Serang Konvoi Tentera India Di Kashmir

SRINAGAR – Serangan militan ke atas konvoi tentera di Kashmir pada Sabtu, membunuh tiga anggota tentera, kata jurucakap pertahanan.

Peningkatan keganasan di kawasan itu yang menjadi pertikaian India-Pakistan, meningkatkan lagi ketegangan hubungan kedua-dua negara.

Kumpulan tentera itu diserang hendap di pinggir bandar Srinagar, ibu negeri Jammu dan Kashmir kawasan yang menyaksikan tentera India menentang pemberontakan bersenjata sejak 1989.

Jurucakap pertahanan berkata, tentera sudah melancarkan operasi memburu militan yang melakukan serangan pada Sabtu.

Bulan lalu, militan turut menyerang pangkalan tentera dekat Jammu mengorbankan tujuh askar.


“Tahun yang buruk mengorbankan ramai pasukan keselamatan dan ia semakin teruk,” kata pemimpin kumpulan pembangkang utama di Jammu dan Kashmir menerusi laman Twitter. – Reuters/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori