Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Model Cuba Malukan Wanita,...

SEORANG model Playboy telah dikecam di media sosial selepas dia memalukan seorang wanita yang...

Pengantin Saudi Ini Berkasut...

RIYADH - Jika sebahagian besar masyarakat Arab Saudi ingin terus mengekalkan warisan tempatan...

Mahu Salam, Tapi Terlupa...

DI kala calon-calon lain Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 berdebar menghadapi peperiksaan itu,...

Operator E-Hailing Digesa Galakkan...

KUALA LUMPUR - Operator perkhidmatan e-hailing harus meningkatkan usaha menggalakkan lebih ramai pemandu...

Tiga Pemandu Lori Didakwa Bunuh Seorang Buruh

TELUK INTAN – Tiga pemandu lori didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang buruh di Taman Sri Bernam, Hutan Melintang bulan lalu.

Tertuduh R. Paramesh, 24, S. Kalidas, 29, dan A. Govalsamy, 51, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Kesemua tertuduh bersama dua lagi yang masih bebas didakwa membunuh D. Ruban, 24, antara 5.30 petang dan 8 malam pada 26 November lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


Intan Nurul Farena menetapkan 11 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirul Asyraf Abdul Rashid manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori