Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Masalah Sosial, Jenayah: Usah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menjelaskan permasalahan sosial dan jenayah...

Video: Mesti Tonton! ‘Bedah’...

Bomoh 'bedah batin' atau ghaib sebenarnya tak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu di...

Hak Wanita Yang Berzina

Ramai kawan-kawan saya masih nak tahu jika ada jawapan untuk persoalan saya ni kerana ia tidak dibincangkan selama ini :1) Adakah mana-mana rujukan untuk seorang wanita itu menuntut lelaki yang berzina dengannya mengahwininya?2) Lelaki yang sudah banyak menabur kata janji yang membuat wanita-wanita ini terpedaya terlalu ramai yang lepas lari terutama yang sudah berkahwin dan rasa tidak ada keperluan menambah tanggungajwab yang sedia ada.

SPRM Tahan Pegawai Kanan...

PUTRAJAYA - Seorang setiausaha bahagian sebuah kementerian ditahan semalam selepas disyaki terlibat mendalangi...

3 Penganggur Mengaku Tidak Bersalah Miliki Bahan Letupan

MARAN – Tiga penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan memiliki bahan letupan pada bulan lepas.

Tertuduh S. Ramesh, 40, K. Muthumuniswaran, 30, dan D. Gunalan, 42, minta dibicarakan selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Nur Syafiqah Noorinda.

Mereka dituduh memiliki bahan letupan berupa dua ketulan besi aluminium petak yang diubah suai dengan tujuan tidak dibenarkan undang-undang di tempat letak kereta Cawangan Pengangkutan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran pada 10.30 pagi, 23 Nov lalu.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Nur Syafiqah membenarkan tertuduh, masing-masing diikat jamin RM3,500 dan menetapkan 13 Feb depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan
kimia.


Gunalan diwakili peguam Gunamalar Joorindanjn, peguam R.Kannan mewakili Ramesh dan Muthumuniswaran manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Salam Yusof.

Untuk rekod, ketiga-tiga tertuduh merupakan antara lima individu yang disyaki terlibat kes meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Dungun, Terengganu pada awal September lepas dan melarikan RM320,000. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori