Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Lebih 300 Juta Naik...

ROMPIN - Kerajaan telah meluluskan peruntukan lebih RM300 juta bagi projek menaik taraf fasa...

Rumah Terbiar Jadi Sarang...

KOTA BAHARU - Pemilik yang tidak memantau rumah mereka yang ditinggalkan terbiar sehingga...

Pengarah Syarikat Hadapi 26...

KUANTAN - Seorang pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini,...

Pemuda Lemas Mandi Di...

KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda ditemukan lemas ketika mandi bersama dua lagi rakannya...

3 Warga Indonesia Selamat, Bot Karam Di Perairan Kukup

JOHOR BAHRU – Sebuah bot asing membawa 5,300 batang kayu bakau karam di perairan Pulau Kukup, Pontian dekat sini pada awal pagi tadi.

Bagaimanapun, kesemua tiga kru warga Indonesia yang berada dalam bot berkenaan, berjaya diselamatkan setelah dijumpai hanyut oleh orang awam termasuk nelayan tempatan, tidak lama selepas kejadian.

Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Johor Bahru, Komander Maritim Iskandar Ishak berkata kejadian berlaku kira-kira 3 pagi ketika bot tersebut dalam perjalanan dari Batam, Indonesia menuju ke Batu Pahat.

“Apabila tiba di satu tempat, ia dilaporkan dibadai ombak kencang dan ribut kuat, menyebabkan air laut masuk ke dalam bot lalu karam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Iskandar berkata APMM telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat mangsa setelah menerima laporan kejadian dari Balai Polis Permas, Kukup.

“Mangsa pertama, Shukri, berusia 51 tahun dijumpai dan diselamatkan oleh nelayan tempatan tidak jauh dari lokasi kejadian.


“Mangsa kedua dan ketiga iaitu Bakri, 31, dan Sudirman, 21, pula masing-masing ditemui di Taman Negara Tanjung Piai dan pusat pembinaan pecah ombak Tanjung Piai,” kata Iskandar.

Tambah beliau, ketiga-tiga mangsa telah dibawa ke Balai Polis Permas, Kukup sebelum dirujuk ke pejabat APMM Johor Bahru untuk diserahkan ke Konsulat Indonesia.

Susulan kejadian itu, APMM turut menasihatkan orang ramai terutama nelayan tempatan agar menggunakan jaket keselamatan dan lebih berhati-hati apabila turun ke laut ketika musim tengkujuh.

Ini bagi mengelakkan berlakunya risiko kejadian tidak diingini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori