Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Karnival Upin Ipin Dapat...

DAH start cuti sekolah, maka banyaklah agenda telah direncanakan ibu bapa untuk mengisi...

Tular Gambar Palsu, Radzi...

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin membuat laporan polis...

GST: Daim Dulu Cadang,...

ALAHAI... Bagi yang mudah terlupa, imbas balik pada 2014 lalu, Rafizi Ramli pernah...

PANASSS…Haji Hadi BERTENGKAR Dengan...

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi...

33 Pendaki Sesat Di Gunung Brik, Operasi SAR Disegerakkan

BAU – Seramai 33 pendaki dikhuatiri hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian di Gunung Brik, Kampung Tringus, kira-kira 30 kilometer dari pekan Bau sejak Sabtu lalu.

Laporan rasmi kehilangan mereka dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah pada pukul 8.30 pagi tadi oleh seorang lelaki bernama Royling Ken yang melaporkan kumpulan pendaki itu gagal pulang pada masa yang ditetapkan semalam.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, ekspedisi pendakian Gunung Brik itu dianjurkan sebuah kelab mendaki dan disertai 33 pendaki pada Sabtu lalu dan mereka dijangka balik semalam.

Katanya pendakian dari Kampung Tringus ke Gunung Brik mengambil masa kira-kira enam jam.

Jurucakap itu berkata Pasukan Gerakan Operasi (PGO) menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada pukul 7.10 pagi tadi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau telah digerakkan untuk mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.


“Operasi SAR turut disertai Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan pasukan elit Multi Skill (MUST) JBPM Sarawak, yang mula bergerak ke lokasi tengah hari ini,” katanya.

Beliau berkata operasi SAR turut disertai polis, Rela dan penduduk kampung. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Sesat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori