SEREMBAN – Lima pendaki yang dilaporkan sesat ketika mendaki Gunung Datuk, Rembau pagi ini selamat dibawa keluar oleh juru pandu arah.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Fuad Majid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.30 pagi dan tiba bersama tujuh anggota ke lokasi kejadian kira-kira 31 minit kemudian.
“Ketika sampai, pihak kami diberitahu oleh juru pandu arah bahawa kumpulan berkenaan telah pun selamat dibawa keluar dan telah pun pulang kira-kira 11 pagi tadi.
“Justeru kita tidak menjalankan operasi penyelamat kerana kesemua mereka telah pun dibawa keluar dan tiada laporan kecederaan dilaporkan kepada kami,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. – BERNAMA