Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Festival Belia Putrajaya 2015...

PUTRAJAYA - Festival Belia Putrajaya 2015 yang akan diadakan pada 22-24 Mei ini...

Syarikat Telco Akan Tampil...

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo hari ini berkata,...

Kementerian Akan Pantau Pelan...

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia akan memantau secara terinci pelaksanaan 'Pelan Penstrukturan Semula...

Jururawat Jadi Perhatian Selepas...

PRIHATIN... Sikap tanggungjawab seorang jururawat yang membantu seorang mangsa kemalangan mendapat perhatian orang...

50,000 Penduduk Rohingya Lari Ke Bangladesh

DHAKA – Kira-kira 50,000 penduduk Islam Rohingya melarikan ke Bangladesh dari Myanmar, kata Menteri Luar Negara di sini, semalam bagi mencari perlindungan akibat tindakan kejam tentera Myanmar.

Kerajaan Bangladesh meningkatkan rondaan bagi berusaha mengekang kebanjiran pendatang asing yang menyeberangi sempadan negara itu sejak kekacauan berlaku di negeri Rakhine, sejak Oktober lalu.

Kementerian Luar Negara memanggil Duta Myanmar bagi menyatakan ‘kebimbangan mendalam mengenai kehadiran pelarian secara berterusan’ membabitkan berpuluh ribu etnik minoriti Rohingya yang tidak mempunyai negara untuk memasuki wilayahnya.

“Kami memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 50,000 warganegara Myanmar mendapatkan perlindungan di Bangladesh sejak 9 Oktober 2016,” menurut kenyataan kementerian itu.


Rakhine yang bersempadan dengan Bangladesh dan menjadi penempatan kepada penduduk Rohingya kumpulan minoriti Islam yang dibenci oleh kebanyakan majoriti Buddha di Myanmar. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori