Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Sokong Pembukaan Low...

LIPIS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyokong sepenuhnya cadangan...

218 Mat Rempit Ditahan...

GEORGETOWN - Seramai 218 individu termasuk lapan remaja perempuan ditahan polis dalam Op...

Polis Siasat Kenyataan Abdul...

Kuala Lumpur : Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang disiasat berhubung kenyataan...

Trump, Isteri Positif Covid-19

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan isterinya, Melania disahkan positif Covid-19.Sebelum...

7 Rakyat Malaysia Ditahan Cuba Seludup 107 Kotak Mercun

SONGKHLA – Tujuh rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Thai bersama 107 kotak bunga api dan mercun di hutan simpan Khao Nam Kang, Sadao berhampiran sempadan kedua-dua negara.

Ketua Pejabat Daerah Sadao, Bunpark Raknui berkata kesemua lelaki berusia 19 hingga 64 tahun itu ditahan petang semalam ketika cuba menyeludup kotak-kotak mercun dan bunga api itu ke Malaysia.

“Pihak berkuasa turut merampas lima buah kenderaan pacuan empat roda daripada mereka serta sebuah mesin pemotong kayu,” katanya kepada pemberita di sini.

Kesemua mereka yang kini ditahan di Balai Polis Sadao berdepan empat pertuduhan termasuk membawa keluar barangan tanpa membayar cukai dan memiliki mercun tanpa kebenaran.


Dua lagi pertuduhan iaitu memasuki Thailand tanpa dokumen perjalanan yang sah serta menebang pokok tanpa memperoleh kebenaran pihak berkuasa tempatan.

Menurut Bunpark, operasi semalam merupakan usaha berterusan pihak berkuasa Thai membanteras kegiatan penyeludupan barangan bercukai, senjata dan pemerdagangan manusia di kawasan sempadan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori