Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kenaikan Kes COVID-19 Sudah...

PUTRAJAYA - Jumlah kes harian penularan COVID-19 di Malaysia kini mengikut trend persamaan...

PM Galakkan Lebih Banyak...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu lebih...

MAHB Berjaya Kesan Barang...

SEPANG - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berjaya mengesan barang larangan termasuk aerosol,...

Netflix Lancar Program Komedi...

KUALA LUMPUR - Saluran hiburan Netflix, akan melancarkan rancangan komedi tempatan pertama dari...

8 Pasukan Sertai Kejohanan Ragbi Wanita Jemputan IPT

TANJUNG MALIM – Lapan pasukan termasuk dua dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil bahagian dalam Kejohanan Ragbi Wanita 10 Sebelah Jemputan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di UPSI, di sini Sabtu ini.

Enam pasukan lain yang menyertai kejohanan sulung merebut Piala Naib Canselor itu ialah Majlis Sukan Politeknik Malaysia (dua pasukan); Universiti Teknologi Mara, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia serta satu pasukan jemputan.

Pengarah Pusat Sukan UPSI Mohammad Faeez Mohamad Alias berkata kejohanan itu akan mengikut format liga di peringkat kumpulan sebelum saingan kalah mati di peringkat seterusnya.

“Skuad ragbi wanita UPSI ditubuhkan sejak tahun lalu membabitkan pelajar dari Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan yang dibimbing kelab ragbi terkenal negara, Cobra,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan sama, Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa berkata UPSI dipilih menganjurkan kejohanan edisi sulung itu dengan kerjasama Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.


“Sukan ragbi berpotensi menjadi sukan elit dalam kalangan pelajar IPT terutama wanita seterusnya menjadikan kejohanan ini acara tahunan dalam kalendar sukan IPT,” katanya. -BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori