Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Ahmad Yudhistira Terpantas Hari...

PELUMBA Indonesia, Ahmad Yudhistira melakukan kejutan apabila muncul pelumba terpantas SuperSports 600cc pada hari...

Kamal Salih Letak Jawatan...

PETALING JAYA - Ahli ekonomi terkenal Kamal Mat Salih mengumumkan meletak jawatan sebagai...

Selaras SOP Agensi Kawalan...

SYDNEY - Kawalan sempadan negara akan diperkemaskan lagi menerusi penyelarasan piawaian prosedur operasi...

Remaja Pukul Ibu Bebas...

KUALA LUMPUR – Remaja lelaki berusia 15 tahun yang didapati memukul ibunya di...

Adakah DAP Akan Bersetuju Mukhriz Jadi PM?

KUALA LUMPUR – Adakah DAP akan bersetuju Datuk Seri Muhkriz Tun Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri andai Pakatan Harapan berjaya merampas pemerintahan negara?

Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun berkata, bapa Mukhriz iaitu Tun Mahathir Mohamad sekarang ini bekerjasama dengan DAP semata-mata demi memenuhi cita-cita supaya anaknya menjadi Perdana Menteri.

“Niat Mahathir untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri dan apabila gagal untuk memperalatkan UMNO bagi tujuan ini, Mahathir sanggup berbuat apa sahaja termasuk bersekutu dengan DAP.

“Kita hanya perlu tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku apabila mereka ini (DAP) enggan menaikkan Mukhriz sebagai calon Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

DAP sebelum ini menegaskan bahawa parti itu akan memilih bekas musuh politik Mahathir iaitu Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Parti itu bagaimanapun memaklumkan pencalonan Anwar bukan kerana beliau seorang Melayu tetapi kerana kelayakannya sambil menegaskan Perlembagaan Persekutuan tidak menetapkan bukan Melayu tidak boleh menjadi Perdana Menteri.

Khairul Azwan seterusnya berkata, cita-cita Mahathir untuk menjadikan anaknya sebagai Perdana Menteri sudah lama diketahui umum apabila beliau bertindak menyerang Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata beliau, Mahathir berdendam dengan Najib kerana enggan tunduk kepada desakannya khususnya selepas Mukhriz ditolak oleh akar umbi dalam pemilihan parti itu sebelum ini.


“Mahathir telah merencana untuk menumbangkan Najib melalui rampasan kuasa politik namun tindakan ini dapat dibaca dan digagalkan.

“Kepimpinan dan akar umbi UMNO yang bersepakat untuk meletakkan kepentingan parti dan rakyat telah menolak agenda politik Mahathir,” katanya.

Beliau berkata, Najib yang enggan menjadi `tebusan politik’ Mahathir kini dihentam teruk kerana mendahulukan kepentingan rakyat dan parti.

“Namun lihatlah nanti setakat mana pakatan bersama DAP ini yang hanya berasaskan kepentingan politik dapat bertahan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori