Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Unit Sungai & Pemantauan...

JOHOR BAHRU - Pendekatan proaktif dan inovatif seperti menubuhkan unit sungai dan merancang...

Kompaun RM1.1 Juta Ke...

KUALA LUMPUR - Tindakan kompaun RM1.1 juta yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen...

Pelancong Diragut Ketika Swafoto...

KEGEMBIRAAN seorang pelancong warga China yang sedang bercuti bertukar menjadi tragedi apabila menjadi...

Saksi Kedua Kes SRC...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. yang dihadapi...

‘Adik Kata Terpelanting, Ramai Tersepit’

MUAR – Abang mangsa nahas bas ekspres di KM137.3 lebuh raya PLUS, arah utara, dekat Kampung Jayo, lega apabila adiknya bukan antara 14 yang terkorban.

Mohd Juzaimy Zakaria, 37, berkata dia terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada adiknya, Mohamad Juhaify, 21, memaklumkan bas dinaiki terbabit dalam kemalangan.

“Adik menghubungi saya, pada kira-kira 4 pagi. Dia memberitahu bas dinaikinya dari Johor Bahru terbabas di Pagoh.

“Kami sepatutnya ambil adik di Seremban, kerana ada perjumpaan keluarga. Namun, berkejar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) kerana adik dirawat.

“Alhamdulillah, adik hanya cedera. Namun, kami bersimpati dengan keluarga mangsa lain,” katanya ketika ditemui di HPSF, di sini.

Mohd Juzaimy berkata, adiknya yang kini menjalani latihan amali di hospital pakar KPJ di Johor Bahru, duduk di kerusi belakang dan memang sedang tidur.

Katanya, adik bongsu daripada empat beradik itu hanya sedar apabila terpelanting ke depan dan mendapati hampir semua penumpang tersepit di kawasan sama.


Nahas itu meragut 14 nyawa, termasuk pemandu dan kanak-kanak.

Tiga belas daripadanya terkorban di tempat kejadian manakala seorang ketika menerima rawatan di HPSF.

Kemalangan itu turut mencederakan 16 yang lain.

Sekurang-kurangnya 24 anggota bomba dan tujuh pegawai kanan dari tiga balai dikejarkan ke tampat kejadiaan selepas menerima panggilan pada 3.43 pagi. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori