Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Larangan Merokok Premis Makanan...

PENDUDUK Sabah diyakini sudah bersedia dengan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan yang...

3 Rakyat Malaysia Terima...

KUALA LUMPUR - Tiga anak muda Malaysia membanggakan negara apabila menjadi antara lebih...

Pengedar Dadah Ditahan Buat...

BESUT - Seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah ditahan buat kali ketujuh, oleh...

JDT Perlu Enam Mata...

KUALA LUMPUR : Berdasarkan jurang 14 mata sedang dinikmati pendahulu, Johor Darul Ta'zim...

Aeril Zafrel, Wawa Zainal Tunai Umrah Hujung Bulan Ini

EKORAN tidak terikat dengan mana-mana tawaran berlakon, pelakon Aeril Zafrel bersama isterinya, Wawa Zainal mengambil peluang untuk mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci hujung bulan ini.

Ini sekali gus membuatkan pasangan ini bakal menyambut tahun baru di Mekah.

Tak Maafkan Penulis Dakwa Rumah Tangganya Goyah

“Untuk menunaikan ibadah umrah saya bersama Wawa sahaja, anak-anak saya tinggal di bawah jagaan keluarga terdekat.

“Mengenai persediaan dan persiapan buat masa sekarang saya sedang berehat dan tidak terikat dengan mana-mana tawaran berlakon.

“Rehat sepenuhnya amat perlu agar ibadah saya di sana, dapat berjalan dengan lancar dengan izinNya,” kata Aeril kepada Astro Gempak.

Menurut Ariel, dia berkemungkinan pulang dari Tanah Suci selewat-lewatnya pertengahan Januari 2017.


Jelasnya, dia akan kembali aktif berlakon setelah pulang kerana mempunyai tawaran untuk satu slot drama di sebuah stesen tv swasta.

Dalam pada itu, dia berharap tahun baru nanti karier seninya akan terus berkembang.

“Cuma untuk azam tahun 2017, saya harap karier seni saya terus relevan dan terus memperbaiki mutu lakonan dari masa ke masa.

“Cari rezeki untuk isteri dan anak-anak agar kehidupan kami anak beranak berada dalam keadaan aman dan mengembirakan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori