Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Car Food Sahur Di...

KUALA TERENGGANU - Sekumpulan anak muda Terengganu di bawah pertubuhan Komuniti Car Food...

Krisis Rusia-Ukraine: Tentera Putin...

KIEV: Tentera Rusia terus mara ke ibu negara Ukraine pada Sabtu, selepas penduduk...

Polis Tahan 200 Individu...

SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan menahan 200 individu kerana menjalankan kegiatan menjual nombor...

Jepun Mula Usaha Tubuh...

TOKYO – Kerajaan Jepun bersetuju untuk memulakan konsultasi menyeluruh bagi menubuhkan cawangan universiti...

Ahli UMNO Kini Cecah 3,577,719 – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR – Keanggotaan UMNO mencecah 3,577,719 orang sehingga semalam dengan bilangan cawangan sebanyak 21,653 di seluruh negara, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata dalam keadaan UMNO didesak dan dimomok dengan pelbagai tohmahan, keanggotaan parti terus bertambah dan mendapat sokongan dari semasa ke semasa.

“UMNO hari ini bukan sahaja mendukung inspirasi bangsa Melayu tetapi turut menjadi teras sebagai tempat berpaut rakyat Malaysia keseluruhannya.

“Kesatuan dalam kepelbagaian turut bersemarak dalam UMNO biarpun parti ini berteraskan agama, bangsa dan negara. Nasionalisasi UMNO bersendikan dasar-dasar kerajaan dengan kita mengangkat Transformasi Nasional (TN50) untuk generasi masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan laporan parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Perhimpunan yang dihadiri 2,643 perwakilan itu dirasmikan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata pada tahun ini UMNO dan Barisan Nasional (BN) berdepan dengan pelbagai dugaan suka dan duka yang dilalui dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran.


Beliau berkata kemenangan besar BN di Sarawak dan dalam pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar dengan majoriti yang bertambah, jelas menunjukkan parti itu terus mendapat sokongan rakyat.

“Asas penubuhan dan perjuangan UMNO tidak pernah berubah seiring dengan usia UMNO 70 tahun. Perjuangan berteraskan dukungan dan cita-cita kebangsaan demi mempertahankan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara.

“Kita akan pastikan UMNO terus kekal di sanubari dan pendekatan dilaksanakan UMNO terus unggul,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori