Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pindaan Akta 355 Tak...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom...

Terjemahan Sidang Media Shafee...

TERJEMAHAN SIDANG MEDIA TS SHAFEE ABDULLAH BERKAITAN RAYUAN KES SRC PADA 5 APRIL...

Raja Perlis Gesa Stesen...

KANGAR - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melahirkan rasa kurang senang...

Najib Pertahan Peranan Dalam...

Kuala Lumpur : Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau...

AIM22: Siti Nurhaliza Raih 5 Anugerah

KUALA LUMPUR – Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM 22) menyaksikan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza merangkul lima anugerah termasuk Album Terbaik pada acara yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam Ahad.

Menerusi album Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged penyanyi berusia 36 tahun itu turut menerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu dan Susunan Muzik Terbaik menerusi lagu Menetap Dalam Mimpi.

AIM22: Siti Nurhaliza Raih 5 Anugerah
Faizal Tahir memenangi anugerah Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik. – Foto The Star

Beliau turut memenangi kategori baharu Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia.

Dalam pada itu, penyanyi Faizal Tahir memenangi anugerah Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik menerusi lagu Sejati.

Sementara lagu Mata Hati nyanyian Azlan & Type Writer memenangi kategori Lagu Rock Terbaik.

Manakala, Altimet & Takahara Suito menerusi lagu Janji memenangi kategori Lagu Hip Hop Terbaik.

Dalam pada itu, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) dimenangi oleh Akim Ahmad menerusi lagu Potret.

Menerusi acara itu juga, penyanyi antarabangsa Yuna dipilih sebagai pemilik Anugerah Kembara atas pencapaiannya di Amerika Syarikat.

Manakala, Anugerah Sri Wirama AIM 2016 diberikan kepada Datuk Sheila Majid atas sumbangan beliau dalam industri melebihi 32 tahun. – mStar Online

Senarai penuh pemenang AIM22:

Album Terbaik:
Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged

Lagu Terbaik:
Sejati – Faizal Tahir

Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia:
Datuk Siti Nurhaliza

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Datuk Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Akim Ahmad – Potret

Lagu Pop Terbaik:
Sejati – Faizal Tahir

Lagu Rock Terbaik:
Mata Hati – Azlan & The Type Writer


Anugerah Kembara:
Yuna

Anugerah Sri Wirama:
Datuk Sheila Majid

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu:
Menatap Dalam Mimpi – Datuk Siti Nurhaliza

Rakaman Album Terbaik:
Panic Bird – Froya

Kulit Album Terbaik:
Bahtera – Sekumpulan Orang Gila

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu:
De Fam – #Supergirls

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu:
Misha Omar & Hafiz Suip – Terimaku Seadanya

Video Muzik Terbaik:
Not For Sale – Stacy

Artis Baru Terbaik:
Syamel

Lagu Hip Hop Terbaik:
Janji – Altimet & Takahara Suiko

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik:
Firefly – Sonaone

Lagu Nasyid Terbaik:
Mikraj Cinta – Datuk Siti Nurhaliza

Lagu Pop Terbaik:
Joget Sulam Sakti – Reena Nicky

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori